Liga Super 2010 yang bakal membuka tirainya 9 Januari ini bakal menyaksikan kehilangan aksi sekumpulan anak-anak muda yang berpotensi besar dalam menyinari bolasepak negara dalam masa terdekat ini. Ini ekoran daripada keputusan Majlis FAM untuk membatalkan penyertaan skuad Harimau Muda A (bawah 21 tahun) dalam saingan Liga Super 2010 bagi memberi laluan kepada Pahang untuk menempatkan diri dalam kelompok elit bolasepak negara. Dalam mesyuarat Majlis FAM yang dipengerusikan sendiri oleh Presidennya, Tuanku Sultan Hj Ahmad Shah, wakil-wakil negeri bersepakat untuk tidak membenarkan skuad Harimau Muda A beraksi dan sebaliknya mahukan pemain-pemain dari pasukan pelapis ini kembali mewakili pasukan negeri masing-masing dalam persaingan Liga Malaysia. Alangkah gelojohnya dan tamaknya wakil-wakil negeri ini. Mereka mengabaikan tanggungjawab untuk melahirkan pemain-pemain pelapis kepada pasukan negara, sebaliknya mahukan pemain yang dibentuk dan dididik oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai pulangan. Namun begitu, FAM telah memutuskan untuk tidak menyerahkan pemain-pemain ini kepada pasukan negeri dan akan dikekalkan sebagai sebuah pasukan, memandangkan pemain-pemain ini mempunyai kontrak dengan FAM sehingga 31 Jun 2010. Dengan keputusan ini maka persatuan bolasepak negeri yang tergila-gilakan khidmat pemain-pemain muda ini, gigit jari.
Ekoran daripada keputusan Majlis FAM tersebut, kini anak didik jurulatih baru Harimau Muda A, Mohd Azraai Khor Abdullah, bagaikan tiada tujuan untuk terus menggilap dan memperkasakan bakat yang ada pada mereka. Apa lagi pertandingan yang ada untuk mengukur tahap pencapaian mereka di tahun 2010 selain daripada pertandingan jemputan dan persahabatan serta lawatan pendedahan ke luar negara yang tidak akan memberi sebarang motivasi kepada pemain-pemain muda ini. Jutaan ringgit yang dilaburkan untuk membentuk sebuah pasukan pelapis yang berkualiti tinggi kini terbiar akibat tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab serta hanya mementingkan diri sendiri.
Walaupun ada desas-desus yang mengatakan bahawa pasukan muda ini akan didedahkan di Liga Singapura (S-League) namun usaha itu belum menampakkan sebarang kenyataan kerana Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) mencadangkan agar pasukan Young Lions mereka juga diterima untuk beraksi di Liga Malaysia, namun begitu, hasrat tersebut tidak dapati dipenuhi, sekurang-kurangnya untuk 2010, kerana FAM telah pun memutuskan jumlah pasukan dan pengundian bagi pasukan-pasukan yang mengambil bahagian telahpun dimuktamadkan.
Apapun, adalah diharapkan agar pemain-pemain ini mampu mendapat suntikan semangat yang baru berdasarkan kepada kekuatan mental dan disiplin yang telah dibentuk sekian lama untuk menghadapi apa juga kemungkinan di tahun 2010, insyaAllah. Wallahu'alam.






Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, Dato' Hj Che Mat Jusoh baru-baru ini dalam mengumumkan pasukan-pasukan yang tidak layak mengambil bahagian dalam Liga Malaysia 2010 turut mengaitkan penarikan diri 2 lagi kelab dari Liga Malaysia iaitu, Perak UPB/MyTeam dan Selangor Proton FC. Sesungguhnya penarikan diri kelab dari Liga M bukanlan sesuatu yang mengejutkan. Sebelum ini sudah terdapat beberapa kelab yang hanya beberapa tahun beraksi di dalam Liga Super mahupun Liga Premier yang menarik diri, antaranya ialah Penang NTFA, Selangor MK Land, Public Bank, MPPJ, Kelantan TNB dan Johor Pasir Gudang.







Angin bertiup kencang tentang perkhabaran kemungkinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tuanku Sultan Hj Ahmad Shah bakal meletakkan jawatan tahun depan bagi memberi ruang kepada Presiden baru dilantik pada tahun 2010. Perletakan jawatan Pegawai Pembangunan Bolasepak FIFA, saudara Windsor John Paul juga telah dikaitkan dengan kemungkinan penyertaannya ke Wisma FAM bagi menggantikan Setiausaha Agung FAM sekarang, Datuk Azzuddin Ahmad yang dirumuskan banyak pihak sebagai gagal menjalankan tugasnya dengan berkesan. Sesungguhnya situasi ini boleh dianggap sesuatu yang menarik untuk dinilai dari sudut pembaharuan dalam FAM.


Kakibola menerima panggilan telefon daripada beberapa orang teman jurulatih dari India dan Indonesia yang bertanyakan samada ada pemain dari Malaysia yang berhajat untuk mencuba nasib mereka di dalam Liga Bolasepak India dan Liga Indonesia. Menurut mereka, peraturan pertandingan kedua-dua liga bolasepak kebangsaan di kedua-dua buah negara tersebut membenarkan kelab yang mengambil bahagian untuk mendaftarkan seorang pemain dari kalangan anggota Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebagai pemain tempatan.











nyeluruh. Penarikan diri mereka adalah wajar untuk membuktikan kepada FAM dan juga Persatuan Bolasepak Negeri (PBN) tentang kemampuan mereka untuk menguruskan pasukan secara profesional tanpa bergantung kepada sumbangan kewangan dari FAM. Namun begitu pemisahan ini perlu dibuat dengan bersyarat iaitu kelab-kelab yang berada di dalam Liga Malaysia dibolehkan berurusan terus dengan FAM tanpa perlu melalui PBN. Apapun sudah tentu akan ada pro dan kontranya dan setiap ruang yang boleh diperbaiki wajarlah ditangani dengan baik dan berhemah jika ingin mencapai sesuatu yang positif.



