Angin bertiup kencang tentang perkhabaran kemungkinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tuanku Sultan Hj Ahmad Shah bakal meletakkan jawatan tahun depan bagi memberi ruang kepada Presiden baru dilantik pada tahun 2010. Perletakan jawatan Pegawai Pembangunan Bolasepak FIFA, saudara Windsor John Paul juga telah dikaitkan dengan kemungkinan penyertaannya ke Wisma FAM bagi menggantikan Setiausaha Agung FAM sekarang, Datuk Azzuddin Ahmad yang dirumuskan banyak pihak sebagai gagal menjalankan tugasnya dengan berkesan. Sesungguhnya situasi ini boleh dianggap sesuatu yang menarik untuk dinilai dari sudut pembaharuan dalam FAM.
Jika benar apa yang ssedang diperkatakan tentang kemungkinan FAM mendapat presiden baru, maka mungkin ianya dapat dilihat FAM bakal menuju satu era pembaharuan. Nama Presiden Persatuan Hoki Malaysia, Tengku Abdullah Sultan Hj Ahmad Shah antara yang dicadangkan berpotensi mengambil alih tempat ayahandanya. Namun begitu sepanjang penglibatan beliau selaku Timbalan Presiden FAM sebelum ini juga gagal memberi impak yang positif dan tidak pernah konsisten dengan banyak polisi yang baginda sendiri utarakan. Dalam masa yang sama Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa juga tampak berminat dan bakal menggerakkan kempennya untuk melobi wakil-wakil Persatuan Bolasepak Negeri (PBN) dengan melakukan "kunjungan hormat" ke negeri-negeri atas alasan bertemu hati ke hati dengan wakil PBN bagi membincangkan kaedah penyelesaian masalah yang dihadapi oleh PBN bagi menghadapi Liga Malaysia 2010 seperti yang dilaporkan oleh Kosmo.

Bagi kakibola, jika benar FAM akan mengalami perubahan kepimpinan, sewajarnya masa bagi orang politik diketepikan dan individu yang benar-benar berkemampuan dan jujur dalam memajukan bolasepak negara diberi peluang dan tempat untuk mengemudi cabaran baru FAM di peringkat domestik dan antarabangsa. Jika benar juga saudara Windsor John Paul bakal dibawa masuk untuk menggantikan Datuk Azzuddin Ahmad selaku Setiausaha Agung yang baru, maka kakibola melihat betapa pengalamannya bersama Asean Football Federation (AFF), Asian Football Confederation (AFC) dan Federation of International Football Associations (FIFA) bakal menjadi satu aset yang amat berharga dalam usaha memajukan bolasepak Malaysia. Namun bagi jawatan Presiden, kakibola suka melontarkan cadangan akan beberapa nama yang mungkin mampu merealisasikan harapan ini, antaranya ialah Datuk Nazir Tun Hj Abdul Razak (Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB), Tan Sri Datuk Hj Mustapha Kamal Hj Abu Bakar (Pengerusi MK Land), Dato' Sri Mohammed Shazalli Ramly (Ketua Pegawai Eksekutif Celcom) dan Datuk Seri Tony Fernandes (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia). Wallahu'alam.
4 comments:
rebranding FAM???
setuju sangat.
dah sampai masanye.
carilah tokoh2 sukan yg berkemampuan to be next FAM leader.
tokoh yg berpengetahuan dalam selok belok pengurusan sukan
Salam lebaran coach, masalahnya bukan rakyat Malaysia yang pilih siapa presiden FAM. Yang pilih perwakilan FAM terdiri daripada pegawai persatuan negeri! Saya sarankan pinda perlembagaan FAM agar seorang tokoh korporat boleh diletakkan di situ. Usah lupa Tengku Mahkota Pahang pun tokoh korporat. haha. Tinggal lagi dulu dia tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada ahli majlis. Saya sebenarnya lupa, saya nak cadangkan Tun Daim Zainuddin, peguam dan usahawan berjaya yang jadi politikus dan pakar ekonomi! dia pun baik dengan hammam!
rizal..salam lebaran to you too. ingatkan we were together again last nite at Wisel Penamat. i fully support the idea of having corporate figure to lead fam, but again, as you said the constitution needs to be changed.
as for TM, honestly i'm against him being re-appointed into fam. his blunders while he was in the fam, were almost the same mistakes done by his father. he tends to be inconsistent in many of his decisions as well as ideas. he was advised by wrong people around him.
i never bother if he's close to hammam or hammam's rival from Bahrain, will that help develop the game in malaysia? its we ourselves, will determine the ups and downs of football in malaysia. if he's to be appointed, believe me the new generation of "kaki mengampu and kaki jilat" would appear.
i was told last night by jai ho one of the reason why TM must be apppointed as President, its because of his position in the AFC. again, its more because of his personal capacity and for his individual gain.
sama-samalah kita tunggu dan lihat, ke arah mana bolasepak malaysia selepas ini jika orang yang sama kembali berkuasa. wallahu'alam.
secara jujur, sy juga kalau boleh tak nak royalties lead FAM...
tapi bila fikir balik kesan yg akan dibawa politician, royalties lebih baik sebab diorang boleh jadi unsur-unsur neutral...
ahli perniagaan memang ok...tetapi dlm keadaan bolasepak sekarang...ada ke businessman yang berminat dengan FAM?...
n jgn expect businessman akan sewenang-wenangnya mengeluarkan duit "membantu" bolasepak Malaysia...
tengok saja pada TS Mustapa Kamal...dia berminat tetapi board of directors against him sampailah MK Land Fc pun tarik diri...sama juga dengan Public Bank....
Apa yang penting sekarang, bolasepak Malaysia especially local league kena pertingkatkan nilai marketability....barulah org dtg cari...
ingat pepatah "ada gula, ada semut"....
Post a Comment