Friday, November 27, 2009

PAFA Membelakangi Presiden?

Kakibola mengikuti penuh minat akan perkembangan terkini yang melibatkan Persatuan Bolasepak Amatur Perak (PAFA) yang berkemungkinan hilang kelayakan untuk beraksi dalam Liga Malaysia 2010 gara-gara gagal menyelesaikan isu tunggakan caruman Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan gaji pemain-pemainnya. Dalam usaha memastikan pasukan Seladang dapat turut serta dalam Liga Super 2010 itu, EXCO Negeri Perak, Zainol Fahzi Paharuddin bersama beberapa orang Ahli Majlis PAFA telah menuju ke Wisma FAM untuk bertemu Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad, bagi menyerahkan cek berjumlah RM272,000.00 bagi menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain-pemain dan carumah KWSP.
Dalam situasi ini, tindakan yang diambil oleh wakil negeri dan beberapa orang Ahli Majlis PAFA itu boleh dianggap 'biadap' kerana membelakangi Presiden PAFA sendiri. Jika memang benar niat mereka baik demi bolasepak Perak, apa salahnya perkara ini dimaklumkan kepada Presiden PAFA untuk diselesaikan dengan baik. Presiden PAFA sudah tentu amat menghargai sebarang inisiatif oleh mana-mana pihak yang ingin membantu menyelesaikan kemelut yang melanda PAFA. Apakah mungkin kerana perbezaan politik membuatkan pendekatan sedemikian rupa diambil oleh mereka yang cuba menjadi wira di kalangan peminat bolasepak Perak? Difahamkan Presiden PAFA, Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pula terkilan dengan tindakan FAM yang menerima wakil negeri yang tidak dianggap sebagai wakil sah PAFA dalam menguruskan permasalahan ini. Apakah FAM membenarkan sekretariatnya berurusan dengan individu yang tidak berkenaan dengan ahli gabungannya berhubung dengan perkara yang serius seperti ini? Inilah bahana campurtangan politik dalam organisasi sukan di Malaysia. Wallahualam.

2 comments:

Zarpeno said...

bila bola nak bebas politik

KakiBola said...

zarpeno..selagi budaya meminta tidak dipinggirkan, selagi itulah warga politik akan terus memonopoli bolasepak dan sukan di malaysia. politik yang keterlaluan dan mementingkan diri sendiri..