
Kurang seminggu selepas kakibola menulis tentang kelayakan
Hashim Mustapha untuk mengemudi pasukan
Kelantan, Presiden
Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengumumkan perlantikan bekas jurulatih kebangsaan,
B.Sathianathan sebagai pengganti kepada
Peter James Butler yang meninggalkan pasukan Kelantan dalam keadaan tergesa-gesa. Perlantikan
B.Sathianathan diyakini Presidennya mampu meletakkan pasukan
Sang Kijang pada landasan yang tepat dalam mengharungi kempen
Piala Malaysia yang bakal bermula pada 26 September ini menentang
Pulau Pinang.
Apapun, kakibola mengucapkan tahniah kepada
B.Sathianathan yang akhirnya mendapat majikan baru selepas bercuti rehat panjang. Sekalipun masa yang singkat dimiliki beliau untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pasukan dari dalam, pengalaman yang dimilikinya mampu digunakan sebaik mungkin untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap. Adalah diharapkan perlantikan beliau akan kekal dan tidak berlaku sepertimana di era
Hj. Norizan Bakar yang terpaksa melepaskan jawatan separuh jalan sebelum ini. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment