
Akibat lambat mengambil tindakan susulan dan berunding dengan pihak pengurusan
T-Team,
Kedah terlepas peluang untuk mendapatkan khidmat penjaring gol terbanyak
Liga Premier 2009, Mohd Haris Safwan Mohd Kamal, kepada sebuah lagi pasukan
Liga Super iaitu
KL Plus FC yang akan turut beraksi dalam
Piala Malaysia 2009 Oktober nanti. Perkara ini disahkan oleh Ketua Jurulatih Kedah, saudara
Mohd Azraai Khor Abdullah dan juga sms yang diterima oleh kakibola dari pemain berkenaan.
Usaha bagi mendapatkan penyerang kelahiran
Terengganu itu telah diusahakan beberapa minggu yang lalu bagi memantapkan barisan serangan Sang Kenari yang dihimpit masalah penjaring gol yang berkaliber. Kegagalan mendapatkan khimat
Mohd Haris adalah satu tamparan yang hebat buat barisan kejurulatihan Kedah setelah kehilangan
Mohd Khyril Muhymeen Zambri akibat kecederaan teruk yang dialaminya ketika pasukan kebangsaan melayani kunjungan pasukan
Kenya dalam satu perlawanan persahabatan. Situasi ini juga jelas menimbulkan kesulitan kepada ketua jurulatih,
Mohd Azraai Khor untuk mencari pemain yang berkaliber bagi memantapkan barisan serangan. Ketika ini difahamkan
Mohd Azraai Khor bersama Naib Presiden
Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Dato' Shukri Hashim sedang berusaha bagi mendapatkan penyerang
Harimau Muda, Ahmad Shakir Mohd Ali, bagi dibenarkan mewakili Kedah dalam kempen
Piala Malaysia nanti. Namun begitu, usaha tersebut bakal menjadi rumit kerana pasukan B19 negara dijadualkan ke
Republik Czech untuk beberapa siri perlawanan persahabatan. Wallahualam.