Thursday, July 25, 2013

Latihan Di Jepun Menjelang Perlawanan Menentang Barcelona?

Skuad Harimau Malaya berlepas ke Tokyo semalam untuk latihan pendedahan selama seminggu menjelang perlawanan 'pertunjukan' menentang FC Barcelona, 10 Ogos nanti. Di sepanjang tempoh latihan di Jepun, pasukan bimbingan Datuk K. Rajagobal juga akan mengadakan dua sesi perlawanan memanaskan badan menentang kelab J-League, Shimizu S-Pulse dan Shonan Bellamare.
Persoalan utama yang timbul di sini ialah, apakah persiapan yang sebenarnya sedang dirangka dan dirancang oleh skuad kebangsaan ketika ini? Adakah ianya persiapan menjelang perlawanan kelayakan Piala Asia atau perlawanan 'pertunjukan' menentang FC Barcelona? Jika persiapan ini lebih menjurus kepada perlawanan menentang 'pertunjukan' dengan kelab yang datang becuti ke Malaysia, adalah lebih baik perbelanjaan ini ditaburkan kepada perkara yang lebih bermanafaat. Apa signifikannya perlawanan 'pertunjukan' menentang FC Barcelona sehingga memerlukan latihan seminggu diadakan di Jepun? Sepatutnya persiapan pasukan ditumpukan kepada usaha memantapkan pasukan menjelang perlawanan kelayakan Piala Asia dan menggunakan perlawanan-perlawanan menentang Chelsea baru-baru ini serta perlawanan menentang FC Barcelona nanti sebagai salah satu agenda mereka. Difahamkan Malaysia juga sedang berusaha untuk mendapatkan  pasukan kebangsaan Uzbekistan dan India sebagai pasukan untuk mereka hadapi dalam perlawanan persahabatan sebelum bertemu Bahrain dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Nasional 15 Oktober depan.

No comments: