
Sekalung tahniah kepada jurulatih Selangor, K.Devan yang telah membuktikan keupayaannya sebagai jurulatih yang berjaya dalam mengendalikan pasukan-pasukan yang dibimbingnya. Tahniah juga kepada pegawai-pegawai pasukan dan barisan pemain yang berusaha keras untuk mengembalikan kegemilangan bolasepak di negeri Selangor. Tidak lupa ungkapan tahniah kepada individu di belakang tabir dan arkitek kejayaan Selangor iaitu saudara Zakaria Ab Rahim yang telah berjaya mencorak sistem pentadbiran bolasepak yang baik di Persatuan Bolasepak Selangor. Seharusnya inilah yang perlu dicontohi oleh persatuan bolasepak kebangsaan dan negeri dalam meletakkan prestasi bolasepak di peringkat yang tinggi. Kuasa eksekutif yang dimilikinya, setidak-tidaknya mampu meletakkan politiking di tahap paling minima. Apapun kakibola bangga dan kagum dengan kebangkitan Selangor dalam musim 2009. Tahniah Selangor !
2 comments:
well said bro. once i raised this issue to our local utusan photographer and he told me this, "kalau sembilan orang nak makan nasik goreng USA dan seorang yang nak makan nasi goreng kampung yang mana satu abang nak jual?". while this is true but our local media often forgets their responsibility to out local football and most of the sports editor are lacking in that.
betul tu...sekalipun menu asing lebih sedap tapi kalau dipromosi dengan baik, saya dan kita yakin, barangan tempatan akan akhirnya jadi menu utama juga...wallahualam
Post a Comment