Sunday, July 12, 2009

Malaysia v Zimbabwe Sebelum Malaysia v Manchester United - Pelik!

Pelik dan kelakarlah bolasepak Malaysia ni. Mana tidaknya, nak main satu perlawanan persahabatan dengan kelab yang datang "bercuti" pun perlu ada satu persiapan yang hebat. Bukan ada makna apa pun di sebalik perlawanan persahabatan dengan Manchester United Sabtu ni. Boleh naik ranking ker?
Malaysia akan beraksi menentang Zimbabwe dalam satu perlawanan persahabatan sebagai persiapan sebelum menghadapi Manchester United. Awalnya pasukan kebangsaan dijadualkan bertemu dengan Liberia tetapi terpaksa dibatalkan gara-gara pasukan pelawat itu, di dalam senarai yang difakskan ke FAM, tidak membarisi barisan terbaik mereka. Kenapa jadi begitu? Wallahualam.

2 comments:

meyour said...

memang pelik jika berkaitan dengan bolasepak malaysia....

KakiBola said...

ye la meyour..org lain sibuk nak buat persiapan rapi untuk pertandingan antarabangsa tetapi fa malaysia sibuk nak buat persiapan rapi untuk satu perlawanan persahabatan..hampeh