Saturday, July 12, 2008

Shebby cadang gugur semua pemain kebangsaan?

Pengulas sukan Shebby Singh mencadangkan agar kesemua pemain kebangsaan yang sedia ada digugurkan dan digantikan dengan pemain-pemain B23. Atas alasan apakah cadangan ini dilontarkan?
Kakibola simpati dengan jurulatih-jurulatih kebangsaan. Manakan tidak! Di Malaysia sekarang sudah tidak ada lagi pemain bolasepak sebaliknya terlalu ramai "pekerja bola" yang memenuhi industri bolasepak negara yang hadir sekadar untuk makan gaji. Terlebih kuantiti dari kualiti.

2 comments:

Cili said...

GUGURKAN PEMAIN?

Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa.

Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarka selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.

Lelaki kahwin lewat sukar dapat anak: Kajian

LONDON: Lelaki yang menunggu sehingga umur mencecah per-tengahan 30-an untuk memulakan keluarga lebih berkemungkinan menyebabkan kegu-guran kandungan terhadap pasangan mereka.
Kajian ke atas beribu-ribu pasangan mendedahkan kadar keguguran mula meningkat sebaik lelaki mencecah usia 35 tahun. Menjelang usia 45 tahun, risiko itu berganda, dengan satu dalam tiga kehamilan berakhir dengan keguguran - tidak kira berapa usia wanita.
Penyelidik Perancis juga mendapati peluang untuk isteri atau teman wanita untuk hamil turut menurun seiring peningkatan usia lelaki berkenaan.
Kajian berskala besar adalah yang pertama untuk menjumlahkan kesan usia lelaki terhadap peluang menjadi bapa dan memberi amaran bukan hanya wanita yang perlu berwaspada deng-an kesuburan mereka.
Dengan perangkaan menunjukkan lelaki Britain lebih suka menunggu sehingga usia lewat untuk memiliki anak, penyelidik memberi amaran ia mungkin sudah terlalu lewat.
Jacques de Mouzon, dari Institut Kebangsaan Perancis Penyelidikan Perubatan, berkata: "Orang ramai menga-takan lelaki terus subur walaupun sudah mencecah 90 tahun. Ia mungkin benar satu ketika dulu tetapi kini ia berbeza dan terdapat lebih banyak sperma tidak berkualiti apabila usia semakin meningkat.
"Jadi, penting bagi lelaki untuk cuba mendapatkan anak sebelum mereka mencecah usia 40 hingga 45 tahun." - Agensi

Cili said...

Tuan Bola Kempis,

ALFATIHAH .

Basri Akil meninggal dunia
15/07/2008
ALOR STAR 15 Julai – Bekas Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ahmad Basri Akil, 68, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Star hari ini.

Beliau dipercayai mengalami serangan jantung kira-kira 2.30 petang di Istana Anak Bukit ketika mahu menghadiri majlis pelancaran setem kenang-kenangan sempena sambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah.

______________________________

Al-Fatihah....

Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa, Dato' Paduka Ahmad Basri Akil telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi setelah terjatuh di Istana. Pemergian Bapa Bolasepak Negeri Kedah yang menjadi lambang kepada Kebangkitan bolasepak Kedah ternyata menjadi satu kehilangan yang amat sukar dicari ganti. Beliau juga merupakan penaung kepada HKC.

Marilah sama-sama kita mendoakan dan sedekahkan Al-Fatihah kepada Roh Beliau dan semoga beliau ditempatkan di kalangan Insan soleh dan beriman.

Sekalung Takziah dari Warga HKC kepada keluarga beliau.

Al-Fatihah...