Wowww...hebatnyer! Kerajaan Malaysia dan Datuk Seri Najib memang pemurah. Sogokkan lagi duit banyak-banyak. Kalau tak berjaya juga tahun ni, gandakan lagi jadi RM2 juta.
Inilah budaya kita. Saya cuba untuk berfikiran positif tetapi masih tidak nampak akan rasionalnya mempertaruhkan sejumlah wang yang begitu banyak untuk tujuan itu. Mungkin ada yang bersetuju dengan saya, mungkin juga ramai yang tidak. Tidak mengapa jika infrastruktur dan kemudahan yang ada di negara kita tidak menepati piawaian antarabangsa mahupun dunia, sebaliknya dengan aplikasi dan pendekatan serta sikap yang betul, sepatutnya kita sudah mampu mencapai apa yang kita kehendaki. Jangan mula membentuk budaya sukan yang dimonopoli oleh wang ringgit. Apa sudah jadi dengan juara-juara kita sebelum ini? Lepas dapat habuan entah ke mana perginya.
Negara kita perlukan juara sejati, juara yang lahir hasil komitmen dan kesungguhan yang mantap dan tinggi. Tidak mengapa dengan ganjaran yang berpatutan tetapi menyogok dan mengumpan dengan nilai wang ringgit sebelum kejayaan dicapai adalah satu malapetaka kepada sukan negara. Wallahualam.
1 comment:
Tuan Al-Kempis,
Pada pendapat saya pendapat saya RM1juta tidak cukup. Dibawah pentadbiran AAB kita hendaklah memberi imbuhan yang lebih dari itu demi maruah negara serta memajukan sukan untuk negara.
Ini beberapa cadangan
1. Hadiah RM1juta Tunai
2. Sebuah Kereta Myvi dari Perodua
3. Sebuah Proton Pesona dari Proton
4. Sebuah NAZA Ria dari NAZA
5. Sebuah rumah Terees 2 tingkat dari GUTRIE.
6. Biasiswa untuk dua orang anak dari MAYBANK.
7. Perubatan Percuma sepanjang hayat.
8. Penerbangan MAS percuma sebanyak 500 kali di semua destinasi Malaysia.
9. Naik keretapi percuma sepanjang hayat.
10. Touch & GO percuma untuk 10 tahun.
11. Lima AP percuma dari MITI.
12. Pinjaman tanpa faedah dari bank tempatan tidak melebihi RM1juta.
13. Minyak percuma sebanyak RM500 sebulan untuk 10 tahun dari Petronas.
14. Boucher percuma Burger King sebanyak RM100 sebulan untuk lima tahun.
15. Skim perlindungan Takaful Ikhlas sepanjang hayat sehingga 55 tahun.
16. Masuk percuma diseluruh Stadium di Malaysia.
17. Astro percuma selama 15 tahun.
18. DiGi prepaid percuma sebanyak RM300 sebulan untuk 10 tahun.
19. Sumbangan BERAS percuma sebanyak 10kg sebulan untuk 10 tahun dari Bernas.
dan 20. Skim Khairat kematian percuma sepanjang hayat.
Mungkin dengan habuan ini mak pingat emas akan mula mengalir ke negara kita yang tercinta.
Majulah Sukan untuk Negara.
Post a Comment