Wednesday, July 16, 2008

Hilangnya Pejuang Bolasepak Negara - Datuk Paduka Hj Ahmad Basri Mohd Akil

Tatkala rakyat negeri Kedah sedang meraikan Ulangtahun ke 50 Pemerintahan DYMM Tuanku Sultan Kedah, seorang insan yang telah mengabdikan dirinya kepada pembangunan dan kejayaan bolasepak negeri Kedah Darul Aman, telah kembali menemui penciptanya. Datuk Paduka Hj Ahmad Basri Mohd Akil, 69 tahun, telah kembali ke rahmatullah setelah beliau rebah di Majlis Pelancaran Setem Kenangan 50 tahun pemerintahan Tuanku Sultan Kedah di Istana Anak Bukit.

Mengenang kembali penglibatan kakibola dengan Allahyarham sewaktu melatih pasukan Kedah Darul Aman (1991-2000), memang tidak dapat dinafikan lagi sepertimana yang diakui ramai pihak yang pernah bekerja bersama beliau, Allahyarham adalah insan yang mempunyai visi yang jauh dalam mentadbir serta melaksanakan pelbagai program khususnya pembangunan bolasepak. Hasilnya jelas dengan kejayaan pasukan Kedah Darul Aman sehingga kini. Hasil perancangan yang teliti dengan kaedah yang mantap, negeri Kedah telah mencapai pelbagai kejayaan. Sebagai Pengurus Pasukan, beliau meletakkan dirinya sebagai seorang ayah kepada para pemain dengan mengutamakan kebajikan sebagai asas untuk mencapai kejayaan. Sebagai insan yang amat prihatin akan perkembangan bolasepak tanahair, beliau kerap melemparkan kritikan yang pedas tetapi membina agar sesuatu yang positif dapat dilaksanakan namun begitu kelantangan beliau mengakibatkan beliau digantung oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Apapun, kehilangannya jelas akan diratapi oleh setiap peminat dan pencinta bolasepak Hijau Kuning khasnya dan peminat bolasepak negara amnya.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkannya di sisi para solihin, anbia dan syuhada. Al-Fatihah

8 comments:

rizal hashim said...

Salam tuan,

saya bertemu dengan arwah Jun lalu di hotel seri malaysia, mahu menyingkap kegemilangan kedah era 80-an...

kini tinggal kenangan.

Kita berdoa rohnya dicucuri rahmat

epain said...

al fatihah...

harap2 agar aspirasinya dijadikan pembakar semangat...

cuma ada tak lg yg vocal mcm arwah lepas ni?

Unknown said...

Tuan Bola Kempis,
Kedah kehilangan satu permata yang begitu berharga untuk Bolasepak negeri.

Jasa allahyarham Datuk Paduka Haji Ahmad Basri Mohd Akil tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

Semangat, dedikasi, kepimpinan, visi, misi dan aturcara allahyarham tiada tokok bandingnya.

Tuan Kempis pernah menerajui pengalaman menjadi juruletih Kedah dan sudah semestinya tahu akan selok-belok politik bolasepak negeri Kedah.

Walau dalam keadaan apa sekali pun kita harus bangga dan menghormati jasa beliau yang tidak dapat di samakan dengan wang ringgit.

Memang benar, allahyaram seorang pejuang dalam bolasepak negara yang tiada tandingnya.

Saya syorkan KEDAH mengiktirafkan jasa beliau dengan mewujudkan Akademi Bolasepak AHMAD BASRI - ABAB.

Juga Piala Ahmad Basri bagi remaja bawah 15 tahun dan 18 tahun. Biar mereka ini akan menjadi pelopor barisan muda skuad negeri Kedah.

Suatu hari nanti, insyallah, Pasukan Kedah akan setanding atau lebih hebat dari pasukan bolasepak ARSENAL yang Tuan Kempis pernah terajui.

Ini sekadar pandangan peribadi. Wasalam.

AL-FATIHAH.

epain said...

tuan cili...

setuju dgn pandangan tuan pasal nama akademi tu...

sayangnya, sy pernah cadangkan perkara yg sama terhadap mantan MB sekangor utk wujudkan "akademi Mokhtar dahari"...

jawapannya..."pengwujudan akademi bukan sekadar pada nama"...

patutnya siapa pun kena ada effort utk ingat lagenda dgn cara terbaik...

dimanakah piala Rahman?..dimanakah piala razak?....

Unknown said...

Tuan Epain yang bijaksana dan bijaksini,

" sayangnya, sy pernah cadangkan perkara yg sama terhadap mantan MB sekangor utk wujudkan "akademi Mokhtar dahari"...

jawapannya..."pengwujudan akademi bukan sekadar pada nama"..."

Memang benar kata Mantan MB Selangor itu.

Maka kita hendaklah protes akan nama Auditorium P.Ramlee, jalan P.Ramlee - kerana pengwujudan auditorium bukan pada nama.

Baru-baru ini TV3 ada rancangan mahu menjadikan sebuah sekolah yang pernah Supermokh belajar sebagai satu muzium bagi meniup semangat Mokhtar Dahari yang amat digeruni didalam arena bolasepak.

Tidak mengapa - orang yang bankrup politik akan sentiasa kata demikian sebab sudah ketinggalan jauh.

Niat saudara baik, namun bila bercakap dengan orang yang selalu main "GOLF" di KGSAAS maka inilah jawaban yang di beri.

Terdapat berbagai cara untuk menangkap ikan - kita cuba cara lain. Teruskan perjuangan yang murni.

Golongan Orang Lemah Fikiran - GOLF.

Apa pendapat Tuan Al-Kempis?

Wasalam.

epain said...

kalau golf, golongan lemah fikiran, kesian kat tiger woods...

cara lain tangkap ikan?...pancing, pukat, jaring...mana satu cr terbaik?...

cadangan TV3 hampir sama dgn cadangan sy...wujudkan "akademi Mokhtar dahari" utk mengingatkan peserta akademi bahawa negara kita pernah ada pemain ala-ala maradona...jd peserta akademi akn bersemangat,,,itulah tujuannya...

bukan sekadar letak nama...kalau takat letak nama...bih baik sy letak nama tuan cili....

"akademi cili padi - the home of spices"

Unknown said...

Tuan Epain yang kri-tikus,

Benar sekali kata tuan Epain, Akedemi Cili Siber sebenarnya nama pena saya - tidak perlu buat sebab dulu dah buat atas nama " Spice Girls " sekarang dah tak laku lagi melainkan Victoria Beckam yang dapat Ikan Gelama.

dalam negara yang tercinta ini - saya kagumi akan pengalaman Tuan Epain, tapi disini tak pakai akan kepakaran " Technical Know How ".

Tuan Epan harus sedar dinegara yang penuh dengan species Kroni memerlukan sesaorang yang ada " Technical Know Who" .

Kalau anda ada " kabel Kuat Punya" serta Technical Know Who yang teramat hebat... anda tak perlu pancing atau menjala.

Nala punya Pukat Rimau dan Kelong Ikan mereka akan siapkan. Semua Ikan tidak kira jenis akan dapat Tuan Epain tangkap.

Mengenai HOME OF SPICES , tidak perlu wahai Tuan Epain sebab saya ada share dengan Syarikat Rempah ALAGAPPA. Baik punya kari ikan. Meleleh anak mami tolong masak.

Apabila membaca cerita Tuan Epain pun saya sudah terbau yang idea tuan sudah kena Ciluk dan kena cicah.

Budaya ini sudah sebati dengan orang yang berperut ANACONDA - spesis haiwan yang bangkrap idea dan merupakan oportunis Jenglot.

Sentiasalah berhati-hati didalam menjalankan urusan perniagaan.

Selamat Maju Jaya.

Minum Milo anda Jadi Sihat dan Kuat!

Unknown said...

Tuan Al-Kempis,

Can you please give me your private email bcoz I want to share something with you...some very juicy stories...

He he he