Telah mula kedengaran rungutan daripada wakil pasukan-pasukan bolasepak di SUKMA Terengganu, khususnya jurulatih-jurulatih yang terlibat akan penyertaan pemain-pemain Liga Super ke pertandingan bawah 23 tahun dwi tahunan ini. Apatah lagi pasukan-pasukan yang menghadapi kesukaran untuk menghadapi lawan mereka yang memiliki ramai pemain berstatus elit.
Bagi kakibola, sepatutnya pemain-pemain yang telah beraksi di Liga M (Super dan Premier) tidak dibenarkan turut serta dalam SUKMA. Ini secara tidak langsung menyekat perkembangan lebih ramai bakat baru yang seharusnya mendapat peluang untuk mempamerkan bakat mereka secara mendedahkan prestasi mereka ke peringkat yang kompetitif. Ianya juga secara tidak langsung menyerlahkan kelemahan pihak yang terlibat dalam sukan negeri dan negara yang lebih mementingkan keputusan dari pendedahan demi melahirkan lebih ramai pemain yang berkaliber. Maka akibat daripada itu, kelahiran bakat-bakat baru tersekat kerana kelompok kecil yang mendominasi sukan di pelbagai peringkat pertandingan, samada kebangsaan mahu pun antarabangsa.
Kakibola berharap, pihak penganjur SUKMA perlu beri perhatian serius atas rungutan pihak yang terbabit secara langsung, bukan sahaja dalam sukan bolasepak malahan sukan-sukan lain yang memerlukan lebih ramai lagi pemain atau atlit yang kompetitif.
7 comments:
Tuan Kempis,
Saya amat bersetuju dengan pandangan Tuan Kempis mengenai pembabitan pemain bolasepak dalam SUKMA Deraman dimana jikalau ianaya di dominisasikan oleh Pemain Liga maka bakat-bakat baru tidak mungkin dapat digilap.
Pandai Tuan Kempis membuat analisa. Bijak betul. Tepat dan amat Cerdik Tuan Kempis menulis dalam blog ini.
Syabas Tuan Kempis. Dengan tulisan Tuan Kempis ini semuga mereka-mereka yang bekerja disana akan terbuka hati dan menyetujui akan segala pandangan yang bernas lagi jitu.
Tuan Kempis, tulis lah lagi. banyak-banyakkan idea yang baik serta kemas dan penuh analisa mengenai perkembangan Bola Sepak negara.
Tuan Kempis memang best. terbaik. Tabik hormat.
nothing can improve our level of futbal unless change d head at FAM!
Saudara Kempis..
Saya ada dengar ura-ura dari persatuan negeri, berkenaan dengan persediaan pemain SUKMA tersebut sebelum ini, di mana SUKMA kali ini akan dibarisi oleh pemain-pemain atau muka baru yang tidak bermain untuk pasukan belia,presiden mahupun negeri.
Tetapi pada saat akhir penyediaan pemain perkara ini sudah berubah..
"APA DAH JADI"
Sampai bila kita hendak menggunakan pemain yang mempunyai "NAMA/GLAMOUR" daripada memilih pemain berpandukan kemahiran dan semangat pemain tersebut untuk menabur bakti mereka.
Jadi Saudara Kempis boleh kita bincangkan perkara ini, dan bagaimana jalannya..
Saudara Kempis tolong bantu PLZ....
Insan Terpilih.
zizou...as you know, everyone had tried to change things at the fam especially after the asia cup debacle. voices of revamp were thrown but little we could do. except for those with thin ears, will listen to our cries and accept resignation to give ways to others for reforms. but unluckily, the ones with knowledge were not given the opportunity to lead...
Tuan Kempis,
Betul kata tuan. Kita semua telah cuba. tapi telinga mereka terlalu nipis.
Tuan Kempis teruskan perjuangan anda yang suci murni ini.
Wasalam.
sdra insan terpilih..kita hanya mampu membincangkan perkara ini secara umum. bagi kakibola, situasi ini lebih menjurus kepada nafsu pengurusan pasukan yang inginkan keputusan daripada memberi pendedahan khususnya dalam melahirkan barisan pelapis yang lebih luas.
sebelum ini sukma disertai oleh atlet berusia 21 tahun kemudianya atas keghairahan tuan rumah menggondol sebanyak mungkin pingat emas, maka mereka telah mengubah had kelayakan kepada 23 tahun.
inilah kaedah yang sentiasa diamalkan oleh penggiat sukan kita - MENDAPATKAN KEPUTUSAN JANGKA PENDEK dan seharusnya pencipta polisi (dalam hal SUKMA - KBS, MSN, MOM dan sebagainya) perlu melihat kembali objektif utama SUKMA diperkenalkan - melahirkan barisan atlet pelapis yang mampu mengganti atlet elit. wallahulam..
Sukan Untuk Kroni Mesti Ada - SUKMA, sememangnya punya nafsu yang gelojoh akan nama, pujian serta gelaran. Tuan Kempis begitu teliti dalam menanalisa akan perangai buruk mereka yang kita nampak.
Namun demikian Tuan Kempis harus ingat - dalah Tingkap Johari - mereka ini dah bebal. Tidak mungkin sedar bahawa ada tahi hidung atas bibir namun masih boleh tersenyum handsome.
Tuan Kepis ` perjuangan mu adalah suci dalam debu. Harum bagai Laksamana menikam maut penjajah Portugis dizaman Hang Tuah.
teruskan perjuangan mulia Tuan Kempis. Terus Mara wahai pendekar mulia.
Post a Comment