Sunday, December 5, 2010

Naturalisasi Pemain - Apakah Malaysia Akan Turuti Langkah Indonesia & Filipina?



Agak menarik apabila mengikuti senarai pemain-pemain yang mewakili Indonesia dalam pertandingan Piala Suzuki AFF 2010. Di celah nama-nama yang agak sinonim dengan sebutan bahasa Indonesianya, terselit satu nama yang agak asing - Christian Gérard Alvaro González (gambar atas). Pemain berusia 35 tahun yang berasal dari Uruguay dan mewakili kelab Persib Bandung dalam Liga Indonesia itu telah dinaturalisasikan sebagai warga Indonesia bagi memantapkan cabaran pasukan Garuda dalam pertandingan antarabangsa. Turut tersenarai ialah pemain penyerang lincah berusia 22 tahun asal Belanda yang beraksi untuk Persema Malang, Irfan Haarys Bachdim (gambar bawah). Kedua-dua pemain tersebut jelas memainkan peranan yang cukup berkesan ketika menewaskan Malaysia dalam perlawanan pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
Langkah drastik Persekutuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) yang memiliki populasi seramai 237 juta penduduk mengambil pemain bolasepak yang dinaturalisasikan sebagai warga Indonesia jelas menterjemahkan usaha mereka untuk kembali memartabatkan Indonesia sebagai kuasa bolasepak serantau setelah para peminat begitu hampa menanti sejak sekian lama. Ini juga merupakan satu langkah berani yang diambil oleh Ketua Umum PSSI, H. AM. Nurdin Halid dalam dalam memberi nafas baru terhadap bolasepak Indonesia untuk mencapai kejayaan. Tindakan Indonesia adalah menuruti langkah Singapura yang mendahului negara-negara di rantau ASEAN dengan mendaftarkan pemain-pemain asing sebagai warganegara mereka. Usaha Singapura dan Indonesia turut disertai oleh Filipina yang mendaftarkan 8 pemain luar yang telah dinaturalisasikan sebagai warga Filipina dalam kempen Piala Suzuki AFF 2010. Langkah Filipina jelas difahami memandangkan mereka tidak memiliki pemain-pemain yang berwibawa bagi menggalas cabaran ke pertandingan di peringkat antarabangsa. Apatah lagi bolasepak bukanlah satu sukan yang popular di kalangan rakyat Filipina, justeru langkah mereka menaturalisasikan pemain-pemain luar adalah dilihat sebagai satu langkah berani bagi memberi cabaran bermakna di pentas serantau. Antara pemain-pemain yang telah dinaturalisasikan oleh Filipina ialah Neil Etheridge (penjaga gol), Robert James Dazo Gier (pertahanan), James Joseph Placer Younghusband (tengah), Philip James Placer Younghusband (penyerang), Christopher Robert Barbon Greatwich (penyerang) semuanya dari England, Ray Anthony Jónsson (pertahanan - Iceland), Jason Nicolas Maria Dantes de Jong (tengah - Belanda) dan Mark Drinkuth (penyerang - Germany).
Apakah bolasepak Malaysia juga wajar mengambil pendekatan yang sama sepertimana Singapura, Indonesia dan Filipina dalam usaha melonjakkan cabaran Malaysia di persada antarabangsa atau kekal dengan pendekatan yang ada sekarang dengan bergantung harapan kepada anak-anak muda negara? Wallahu'alam.

2 comments:

iwan_dextrous said...

tpi rase mcm x best ble bkn rakyat asl negara sndiri yg naynyikan lgu kebangsaan..

Dextrous cyber life

Adiwira said...

hahaha....dah 3 contoh negara yg pakai khidmat pemain asing.Tapi hala tuju entah kemana.Tak menang pun....aku rasa kita x perlu meniru cara negara mereka sbb itu tidak memberi impaks yg besar dlm jangkamsa panjang.Kita banyak pemain muda yg berkualiti yg mampu pikul tugas dan 100 % komitmen.lihat lah gonzales kini
,dah 35 thn,dah tua,2 hn lagi pancitlah...
kesimpulannya..memgambil pemain asing kedlam pasukan malaysia hanyalah satu yg merugikan masa depan bolasepak negara.