Thursday, June 19, 2008

Selangor Dapat Pengurus Baru

Tahniah kepada Persatuan Bolasepak Selangor kerana mempunyai Pengurus baru bagi menggantikan Datuk Satim Diman yang telah meletakkan jawatan pada bulan Mac lalu. Zakaria Ab Rahim telah dilantik sebagai Pengurus Pasukan yang bukan sahaja mengurus pasukan utama Selangor tetapi turut juga dipertanggungjawabkan untuk mengurus barisan pelapis pasukan Selangor seperti Liga Simpanan, Liga Remaja dan Akademi FAS. Sudah tentu harapan menggunung oleh peminat-peminat setia Merah Kuning akan terarah kepada beliau dalam mengembalikan reputasi pasukan Selangor di arena bolasepak kebangsaan.
Bagi kakibola, ini satu pendekatan yang baik yang telah diambil oleh Pengurusan FAS dalam usaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan aspek pentadbiran dan pengurusan pasukan bolasepak professional di Malaysia.
Apapun bagi kakibola, pendekatan yang lebih mantap mungkin boleh diambil oleh kelab-kelab atau persatuan-persatuan bolasepak di negara ini untuk melantik Pengurus Besar atau CEO bagi mentadbir persatuan dan kelab masing-masing. Ini kerana kalau sekadar menguruskan pasukan, ianya MUNGKIN tidak memberi impak yang besar kepada sebarang perubahan yang mahu diambil. Sebaliknya seorang Pengurus Besar atau CEO mampu melaksanakan tugasnya dengan lebih berkesan kerana ianya juga melibatkan soal pengurusan kewangan serta pembangunan secara menyeluruh termasuk aspek pemasaran (jenama). Ini selaras dengan pendekatan profesional yang ingin dan perlu dilaksanakan dengan segera dalam bolasepak negara. Wallahualam

1 comment:

epain said...

sy n a few friends jumpa en z secara personal sblm sel-trg game...

mmg susah nak nilai kalau br sehari jumpa....

tp bezanya dia dgn pengurus lain, dia adlh "pengurus sepenuh masa"..yakni jawatannya adlh sama dgn mana2 syarikat...cuma dia urus team bola...

ada beberapa perubahan dia ingin bawak, tapi dia akui, kena ambik masa yg agak panjang...ada yg pendek jugak...

n then, dia nak mendengar pendapat org even sel fan...

selain tu, perubahan yg dia ingin bawak ialah "perubahan mentaliti" serta menjadikan pemain sel "more educated player"....

tuan boleh ikuti komen dia sekurang-kurangnya 2 hari sekali di www.selangorfc.com dan tuan juga boleh lihat dia berinteraksi dgn peminat dlm ruangan forum...