Thursday, May 22, 2008

Malaysia tercicir dari AFC Champions League

Sudah jatuh ditimpa tangga...itulah ungkapan yang mungkin tepat ke atas kemelut yang melanda bolasepak negara. Dalam huru hara mereka dengan penganjuran Inter Continental Cup, dah permasalahan dalam penganjuran CYC, kini tiba satu lagi perkhabaran yang mungkin tidak enak didengar oleh badan induk bolasepak negara apabila AFC dalam perancangan mereka untuk menaikkan taraf bolasepak Asia, telah memutuskan bahawa Malaysia dikategorikan dalam kelas D sekaligus menidakkan peluang kelab Malaysia untuk beraksi dalam AFC Champions League.
Ini satu tamparan yang cukup hebat. Ketepikan konflik yang ujud antara AFC dan FAM, nyata apa yang ingin dilaksanakan oleh AFC, telah menimbulkan satu situasi yang agak malang bagi bolasepak negara. Bagi AFC mungkin ianya agak drastik tetapi jika dilihat dengan lebih tepat lagi, langkah ini mungkin sesuai dalam usaha mereka untuk mendapatkan pengiktirafan badan induk bolasepak dunia, FIFA, akan pasukan pasukan bolasepak di Asia.
Jadi FAM, mula lah bangun dari tidor, sedar lah dari mimpi, di mana kita sekarang? Selarikah perancangan kita jika India, Singapura, Indonesia dan Vietnam sudah berada lebih atas dari kita sedangkan sejarah liga bolasepak kita GAH menampilkan bahawa liga kita adalah yang terbaik.
Jangan terlalu bersandarkan kepada sejarah dan tradisi jika ingin terus bersaing....

3 comments:

z i z o u said...

salam bro!

baru jumpa skrg ni! bercakap ttg mutu atau class kita apabila dibandingkan dgn negara2 asia yg sewaktu, kita sebenarnya ketinggalan!
maka tidak hairanlah AFC tidak senaraikan teams from Malaysia utk Champ Lgue (asia) berikutan penarafan kelas yang terbawah kea atas Malaysia!
Satu sahaja yang boleh membuka mata Hamamm & Co iaitu berharap Kedah mahupun Perak layak ke peringkat ahhir bagi kelas peringkat AFC cup!

KakiBola said...

salam jua utk saudara zizou..
its rite bro. only klu kedah n perak main di final. di pihak fam dan sekutu dengannya, mrk melihat penarafan ini sbg tindakbalas afc kpd fam di atas bbrp permasalahan yang ujud di antara dua badan bolasepak ini. ttp hakikatnya, ini realiti yg kita terima akibat melaksanakan sesuatu hanya mengikut selera kita atau "syok sendiri". hrp2nya fam dpt mula membuka mata ke arah perkara ini, wallahualam.

z i z o u said...

yub well said but things now shift to current "oil' turmoil!!

poor d rakyat!!