Saturday, May 24, 2008

FAM tidak iktiraf CYC

Syabas FAM! Keputusan yang diambil oleh FAM untuk tidak mengiktiraf Kejohanan CYC di Malaysia adalah keputusan yang bukan sekadar tepat jika dilihat serta diambil kira senario terkini penganjurannya, malahan keputusan bermaruah. Bermaruah dalam menjaga imej badan induk itu serta pentadbiran bolasepak negara agar tidak diperkotak katikkan oleh orang luar yang datang mengaut untung di negara kita hasil kebodohan pihak yang menganjurkan kejohanan ini.
Di pihak KBS, pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan penganjuran tanpa merujuk kepada peraturan dan perundangan bolasepak negara seharusnya dilanyak habis-habis. Tuanku Presiden sendiri pun dah tahu nak bertitah tentang pembaziran duit rakyat yang dibelanjakan oleh KBS macam duit bapak dia yang punya. Siapalah penasihat dibelakang penganjuran CYC ni...wallahualam....

9 comments:

epain said...

harapan sy biarlah FAM benar2 tegas kali ini...

jgn tunduk kpd sesiapa..

cuma apa yg mudah difahami sekarang ni...segalanya terkandung dlm kontrak...

namun kontrak hanyalah melibatkan KBS dan Gifted...

yg susah sekang ni, dah tentu KBS yang mewarisi masalah ni drpd pengurusan lepas...

KakiBola said...

yups epain..
kakibola hairan dan pelik yang amat sangat, takkanlah benda seperti ni boleh terlepas pandang. ini tak lain tak bukan, sikap nak mengambil untung atas kerja orang lain. inilah akibatnya, tapi yang menanggung akibat, orang lain.
kakibola masih konsisten agar kepimpinan KBS yang sebelum ini dikenakan tindakan..ini bukan projek pertama, malahan sebelum ini dengan LTDL, HPTC dan dll..

Unknown said...

Tuan Kempis, saya amat tertarik dengan pandangan saudara yang cenderong kepada menghukum, mengambil tindakan dan menjadi juri.

Tuan Kempis TIDAK PERNAH memberi cara penyelesaian yang baik untuk FAM, KBS atau lain-lain badan.

Setiap penyakit ada ubatnya. Tuan Kempis hanya tunjukkan penyakit dan sebab-sebab penyakit itu.

Tuan Kempis marah pada penyakit tersebut. Melolong, menjerit dan mengamuk. Malangnya Tuan Kempis tidak dapat mencari penawarnya.

Kita hanya menjerit akan masalah Mat Rempit. Namun kita tiada penawarnya.

Saya tahu banyak Penawar Tuan Kempis adalah rahsia. Namun jikalau Tuan kempis ada 100 penawar kepada `Malapetaka` Bolasepak negara, tolong beri dua butir sahaja pun mencukupi. Ini membolehkan para pembaca menjadikan garis panduan akan kebijaksanaan Tuan Kempis yang Cerdik bagaikan Sang Kancil di negeri Temasek.

Wassalam.

epain said...

tuan cili...

bg sy persoalan utama ialah bukan penawar kepada penyakit...

tetapi prevention sebelum jd penyakit...ini yg harus jd amalan...

kalau dah tau cili tu pedas...takkanlah sewenang-wenangnya kita makan...unless kita cukup berani utk merasa kepedasan cili tu....

dlm hal ni...FAM mesti cr penawar dlm masa yg sama menjadi imunisasi pd masalah akan dtg...

ingat, setiap masalah adlh peluang...

cuma sekang ni kita tak tau...FAM nak tunggu peluang dtg atau terus menerus berdepan masalah yg kengkadang bukan dicipta mereka...

KakiBola said...

saudara cili..
saudara punya gambaran dan persepsi yang cukup salah dalam hal ini. saya tidak pernah menghukum sesiapa. setiap penyakit memang diakui ada penawarnya. tapi kengkadang kita kenal penyakit itu tetapi kita masih jugak lagi tak nak berpantang, maka akibatnya ianya semakin parah.
serupa jugak dalam hal CYC dan KBS. tidak perlu ada yang menghukum, tapi saudara cili boleh gunakan kewarasan akal sendiri, dalam menilai segala tindak tanduk mereka dalam hal seumpama ini. wallahualam

Unknown said...

Tuan E-pain & Tuan Kempis,
Betul kata anda. Saya sokong 114%. Tepat. Benar. Correct. Correct. Korek! Terima kasih. Saya Insaf.

Mencari Prevention ye? Apa benda yang nak di cari apabila badan dah penuh PANAU!

Bila badan dan penuh PANAU - kita tidak buat prevention measures lagi ~ kita seterusnya cari penawar. Panau Salap.

Prevention di buat sebelum kita kena hinggap oleh PANAU. .

Kalau dah berpanau dan Tuan E-Pain gemar berkongsi Jersey dengan Tuan Kempis, maka panau akan berjangkit.

Maka muka Tuan Epain yang handsome macam Gajah ( kata P. Ramlee )akan jadi kurang handsome kerana Panau. Terpaksalah minta petua dari Khir Toyo untuk anda maintain lawa.

Tuan Kempis pula janganlah melatah. Opocot. Opocot.Opocot.

Sebab Tuan Kempis begitu emotional dan very defensive dalam dunia Tuan Kempis sendiri mengenai cerita `Penglipurlara` kakibola blogspot Tuan.

Jika Tuan Kempis membaca semua tulisan Tuan Kempis, maka tiada banyak cadangan yang contructive yang Tuan Kempis berikan kepada pihak FAM.

Kebanyakkan tulisan Tuan Kempis adalah lebih menghentam, mengutuk, membelasah serta memijak. Tempat melepaskan geram dendam kesumat Tuan yang terendam lama dalam kalbu. Tidak baik begitu.

Berilah walau sekelumat atau sebutir pasir jalan penyelesaian. Tuan E-Pain, please don`t nurse Tuan Kempis, he is big enough to defend himself.

Walaubagaimanapun, jikalau Tuan Epain & Tuan Kempis tidak menyukai tulisan saya tidak mengapa ~ kerana itu hak saudara untuk bersuara. Saya terima. Lagi pun ini padang permainan tuan berdua. Saya hanya menumpang main bola di belakang tiang gol. Tak layak pun main sama padang.

Malapetaka Bolasepak Negara merupakan satu topik yang begitu complicated. Ini kerana ianya melibatkan berbagai pihak, berbagai badan dan bermacam-macam bijak pandai di luar tiang gol.

Kritikus yang tidak pernah menyarung Jersey negara selalunya ( bukan semua ) hanya pandai berkata-kata bagaikan burung Nuri diajar bercakap.

Cakap sahaja namun tiada akan faham isinya.

Namun begitu blog yang Tuan Kempis adakan ini merupakan satu dari jalan untuk mengubah jalan sesat pihak bijak pandai bolasepak.

Tahniah saya pada Tuan Kempis dan juga Tuan E-pain.

Tuan sudah ada lebuhraya dan Tuan sudah menpunyai kenderaan namun jalan desa juga yang anda mahu guna ~ mungkin sudah menjadi resmi kedesaan Tuan Kempis.

Tuan E-Pain & Tuan Kempis, pergilah ke kedai Tabib Cina dan belilah Ubat Sapu Panau Salap ~ ianya menyembuhkan penyakit panau -Insyallah. Ini bukannya masa untuk mencari PREVENTION.

Teruskan Perjuangan Tuan Kempis ~ dalam apa yang di Perjuangkan.

Wasalam

KakiBola said...

wahai tuan cili...
sejak dari awal lagi saya memang tak faham sangat kenapa lah tuan cili beriya sangat nak ulas tentang peribadi sedangkan topik yang dibincangkan ialah topik umum. kalau tuan sendiri ada komen, ubat, penawar, lontarkan saja di sini.
kalau saya ada penawar atau ubatnya, baik saya beri saja terus kepada yang empunya penyakit. kenapa perlu saya salurkan kepada tuan cili. itukan lebih baik. nanti kata orang lain pulak, kenapa tulis di sini saja. kenapa tak tulis terus kepada pihak yang berpenyakit. maka, jawapan kepada persoalan saudara tentang cadangan yang constructive, sudah saya sediakan dan panjangkan kepada pihak yang sakit. kalau nak tahu, pergilah semak dengan Setiausaha Agong FAM. wallahualam

epain said...

tuan cili..

sy bukannya nak jadi nurse...buat apa jd nurse...sy lagi suka nurse dtg dekat...

cuma apa yg sy lihat, tuan cili mengatakan tuan kempis menghukum, mengambil tindakan dan menjadi juri...

tuan jg mengatakan utk cr ubat...tp tuan sendiri pun tak bg sebarang cadangan...sebaliknya memberi komen terhadap tulisan atau komen org lain...

yelah fahamlah sy resmi cili...mana mampu jd ubat...kena mata pedih..kena anu, pun pedih...

tuan mengandaikan bolasepak kita sebagai penyakit panau...dan tuan bg ubatnya, panau salap...cubalah cadang ubat lain yg lebih baik...tuan pernah guna panau salap kan?...tau tak kesannya...
dan tuan juga mesti beri cadangan...kalau dah baik mcm mana nak elak pada masa depan...

betul kata tuan cili...topik bolasepak adlh complicated....tp selama itulah ia menjadi tajuk perbincangan...

semua tempat hujah sudah dibawa termasuklah parlimen...takkanlah nak tunggu majlis raja2 bersidang baru topik ni tamat....

tuan kata lebih ramai yg berkata-kata...ye betul dan ia termasuklah saudara sendiri...

sy ingin tanya tuan cili..kalau diberi peluang utk membicarakan tentang bola...dkt mana yg tuan akan sembuhkan dulu?....tentu banyak bukan?....

jd disini kesimpulannya, anda, sy dan tuan kempis bukanlah pemain bola masa kini...tapi setiap org mempunyai pandangan..cuma kini terletak ditangan FAM untuk menanganinya...

sekali lagi...sy teringin nak dgr cadangan saudara petua utk ubatkan panau...selain menggunakan panau salap...

sy?...bak kata sedara..makan tempe sudahlah...confirm handsome tp taklah sehandsome khir toyo

Unknown said...

Salam Sejahtera Tuan E-Pain& Tuan Kempis. Good tag team. macam wrestling pula. Big Show & Jerico. Saling menbantu satu sama lain.

Rumah kita terbakar. Kita panggil Bomba. Mereka datang padam api. Betul cara tu.

Rumah kita terbakar. Bomda datang buat Demonstrasi bagaimana mencegah kebakaran. Tidak betul cara tu.

saya tidak pandai bercerita pasal bola macam Tuan berdua. Saya main bola setakat MSSD saja. Tuan main bola lebih dari peringkat MSSM. Sunggoh hebat.

namun perjuangan membebel kepada FAM merupakan satu perjuagan yang menjadi wadah blog ini.

Memang Bolasepak negara didalam musibah ketara. banyak perkara yang boleh dibuat.

Jepun & Korea buat " Cut & Paste" ideology bolasepak Eropah. Sebab itu mereka begitu mendadak.

Dari segi Politik - tiada campuran dlm pengurusan Bolasepak.

Dari segi Ekonomi - mereka kaya dengan sponsor.

dari segi wawasan mereka tepat memupuk bakat.

Vitamin-vitamin juga perlu untuk pembangunan Bolasepak seperti Vitamin 2D, Vitamin 2S dan , Vitamin KM-KF. Ada ini semua kita boleh berjaya, Tuan Kempis.

(...bersambung di lain episod )