Tuesday, May 13, 2008

Lepas Argentina, Ghana pula.....

Alahai FAM...nama pertandingan cukup hebat - Piala Antara Benua atau nak lebih glamour Inter Continental Cup. Di mana hebatnya pertandingan ini, saya kurang pasti. Dari sudut nama, rasanya memang dah gah tapi dari segi penyertaan, wallahualam. Kemeriahan yang diharapkan dengan MENJEMPUT (bukan hadir atas dasar merit) pasukan kebangsaan yang hebat, mula berkubur. Argentina mendahului pasukan hebat menarik diri dari kejohanan sulung ini, dan terbaru Ghana. Di mana kehebatan yang bakal terserlah, sama-sama kita tunggu.
Cuma satu pandangan saya kepada FAM atau mana-mana pihak yang "gatal" nak anjur pertandingan seumpama Inter Continental Cup, Champions Youth Cup, baik berhenti saja lah. Tak pernah pulak saya dengar atau terbaca negara yang nak tingkatkan mutu bolasepaknya perlu mengadakan pertandingan sendiri untuk mendedahkan pasukan kebangsaan mereka. Yang terbaik ialah banyakkan perlawanan pendedahan di luar negara secara konsisten dan berkala. Pemain-pemain negara perlukan keyakinan diri yang tinggi untuk mencapai peningkatan atau kejayaan di peringkat antarabangsa. Bukan sekadar pendedahan dalam negara melalui pembabitan dalam pertandingan anjuran sendiri. Kalau di Asia Tenggara, pergilah main dengan Indonesia, Vietnam, Thailand...dedahkan mereka dengan bukan sahaja pasukan lawan yang lebih kompetitif tetapi juga dengan suasana stadium yang penuh dengan penyokong fanatik mereka....wallahualam

6 comments:

epain said...

ada baiknya FAM enhance pestabola merdeka...

kejohanan "made in malaysia" yg pernah menjadi idaman pasukan didunia ini untuk beraksi khususnya pasukan Asia....

apa salahnya kalau budget Intercon Cup dibawa utk penganjuran Pestabola Merdeka...

lanjutan komen sy berkenaan CYC & pestabola merdeka -
http://epainworld.blogspot.com

KakiBola said...

epain...
saya berkongsi pandangan yang sama, pestabola merdeka yang penuh nostalgia, wajar disemarakkan kembali. cuma penganjur perlu mendapatkan pasukan kebangsaan dan bukannya kelab...wallahualam

Cili said...

Mr KakiBola Al-Kempis,
Pandangan saudara adalah pandangan yang penuh emosi dan one-sided. Saudara lebih cenderung keArah suatu ruang negatif didalam apa yang pihak FAM lakukan.

Bukan semua perkara yang FAM lakukan itu penuh `Kebodohan` dan "Kesamdolan".

Edisi Siasat dan Selongkar dulu sebelum membuat andaian dengan komen-komen yang tidak menguntungkan.

Bergendang Tong Minyak tanah Kosong memamngnya bising tapi dalam tiada isi.

Sila kemukakan penyelesaian yang boleh didebatkan dengan rasional dan gentleman.

Saya setuju dengan sebahagian pandangan saudara agar PESTA BOLA MERDEKA di Hidupkan semula dengan glamournya - setidak tidaknya Rebranding nama tersebut kepada Pesta Bola Hadari.

KakiBola said...

saudara cili...
ruang ini adalah sekadar pandangan dan tafsiran individu semata-mata. saudara cili boleh memberi pandangan saudara sendiri tanpa perlu melibatkan orang lain secara peribadi. luahkan pandangan saudara di sini dan biar ada pihak lain yang boleh turut sama memberi pandangan mereka. tetapi bukan untuk saudara menghentam peribadi individu. apa yang saudara tulis di sini adalah lebih kepada kritikan peribadi. saya tidak kenal saudara dan mungkin saudara cili kenal saya, wallahualam. saya lontarkan pandangan saya untuk berkongsi pandangan maka saya mengharapkan pandangan dari pihak lain juga. kalau saudara selak semula tulisan saudara, saya tak faham kenapa kritikan saudara dilemparkan atas dasar peribadi? throw you comments and opinions.
tentang kritikan one sided, atau negative, itu persepsi saudara. bagi saya, ruang ini saya namakan bola kempis bukan memaparkan peribadi saya, sebaliknya memaparkan situasi dan suasana bolasepak negara. apakah saudara sedar atau nampak arah mana bolasepak negara sedang dibawa? its getting to the wrong place. cadangan untuk meningkatkan atau improve, saya lontarkan terus kepada fam untuk pertimbangan mereka. tetapi sepanjang 15 tahun penglibatan saya, FAM never appreciate what others from outside have to say. maka dengan itu ruang ini dibuat..wallahualam.

Cili said...

Saudara Kempis,

Saya berterima kasih kerana saudara Kempis sudi mempamirkan komen saya yang tidak seberapa ini di blog saudara.

Dengan pengalaman 15++ saudara dalam bolasepak, sudah tentunya asam-garam-gula-tepung gandum-lada-cili-cabai-halia-bawang tuan kempis sudah rasa.

Saya menghormati Blog saudara kempis dan saya akan biarkan begitu.

Semoga perjuangan saudara Kempis yang tulus ikhlas akan menuju seperti mana yang saudara Kempis inginkan.

Majulah BolaSepak untuk Negara.

Wasalam.

www.hariamalmesra.blogspot.com said...

What la this Blog. No update. Boring spider web. Useless!