Saturday, May 3, 2008

Lebih baik hentikan CYC..

Itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung FAM, Lef Jen (B) Datuk Azzudin Ahmad dalam Utusan Malaysia (3 Mei 2008) hari ini. Tahniah lah kalau FAM sendiri sedar akan perkara ini. Sememangnya CYC dengan nilai penganjuran sebanyak RM17 juta ringgit setahun tidak pernah ada nilai dan sumbangannya ke arah pembangunan bolasepak negara. Hanya mengenyangkan pihak-pihak yang terbabit dalam urusan perjanjian penganjuran sahaja.
Tak tahu lah pulak kalau kenyataan itu dikeluarkan hanya selepas "kekecewaan" FAM ekoran tindak-tanduk GGL yang membelakangkan FAM kerana sedar bekerjasama dengan FAM tak akan bagi pulangan yang lebih lumayan kepada mereka (GGL). Atau betul-betul FAM sedar yang CYC tak memberi apa apa manafaat. Pakcik-pakcik di kampung pun tahu akan pembaziran CYC, ini kan pulak mereka yang mengikuti akan perkembangan bolasepak negara. Cukuplah...
Duit kita punya, nak belanja macam mana, GGLyang tentukan? Pooraahhhhh...
Inter Continental Cup macam mana pulak FAM? Ada manafaat ker? Renung-renungkan lah...

6 comments:

Unknown said...

Saudara Kakibola,
Saya sangat tidak Faham agenda CYC ini. Mungkin sebab saya banyak makan `cili boh` terus jadi pelupa dan kurang jelas maksud dihati.

Bukankah CYC antata faktor bertujuan untuk mempertingkatkan kemajuan bolasepak negara?

Mengapa YAM Tengku Abdullah kata Ugly Elbow pula?

Tuan Kakibola Kempis, tolong beri cadangan yang membina.

Wasalam

KakiBola said...

Mungkin jugak terlebih makan cili boh dan asyik nak kenakan pedas kat orang lain, tapi terkena diri sendiri :)..jgn marah aaa!
Penganjuran CYC mmg bertujuan mempertingkatkan mutu bolasepak negara tetapi konsep dan cara perlaksanaan menyimpang jauh dari matlamat peningkatan dan pembangunan oleh pihak yang mencadang dan meluluskan bajet RM17juta setahun. Rasanya sbg org Hadhari tentu saudara cili lebih maklum cara pembuat dasar menyediakan dan membelanjakan bajet untuk sesuatu acara. Duit "bapa aku punya" so mcm mana nak belanja, ikut aku jer la. Nak memenuhkan kantung sendiri daripada membelanjakan pada yang hakiki.
Tentang komen YTM Tengku Mahkota Pahang, saya sendiri kurang pasti tapi yakin penuh YTM lebih maklum apa yang tersirat dan tersurat dalam perjanjian antara KBS, MSN dan GGL. Wallahualam...

KakiBola said...

oklah cili...
saya tak minat sangat nak exchange personal comments ni. this is a public forum and not an q&a session just to answer soalan soalan Tuan. apa pun for your info, saya dah pun kemukakan pandangan saya kepada SU Agong FAM sebaik sahaja dia dilantik ke jawatan tersebut. tuan boleh rujuk kepada saudara rizal.

Unknown said...

Tuan kakiBola Kempis,

Saya bukan berhajat untuk memancing idea, sekadar bertukar-tukar pendapat. Saya rasa pemahaman mengenai bolasepak ini amat hebat dinegara kita.

Adakalanya the simplest idea merupakan idea yang terbaik. Idea yang cangih-mangih adakalanya merupakan idea " Kuda-Kayu " yang lapuk dan jumud.

Idea idea dari Saudara Kempis jangan disimpan dalam Thumbdrive serta di cetak untuk SU Agong FAM sahaja. Takut jadi makanan shredder machine di pejabat FAM yang sentiasa lapar pada kertas komen orang ramai.

Adakalanya kertas kerja Mr Kempis akan jadi buruan para-normal atau para-plagiat yang tak ubah seperti lanun Cetak Rompak dan kulit luarnya akan di tukar.

Mari-lah kita kongsi bersama idea-idea yang bernas itu.

Wasalam Mr. Kempis.

KakiBola said...

Utusan Malaysia melaporkan bahawa KBS akan menunggu keputusan daripada FAM samada meneruskan CYC atau sebaliknya. Memelikkan ialah laporan yang menyatakan bahawa FIFA tidak pernah memberi pengiktirafan kepada penganjuran edisi pertama tahun lepas. Siapa yang nak tanggung permasalahan ni? FAM? KBS? Bila dah jadi macam ni, timbul pelbagai perkara yang negatif. Apapun, bagus la kalau masing masing dah sedar dari lamunan bahawa CYC tu sememangnye tidak menyumbang apa apa pun kepada pembangunan dan peningkatan mutu bolasepak negara...

epain said...

kaki bola n cili,,,especially cili...

ok..ni sebahagian cadangan sy...

1) hidupkan pestabola sebagaimana matlamat asal...iaitu sebahagian drpd sambutan kemerdekaan..dan peluang pasukan kebangsaan merasai pertandingan antarabangsa...

2) diperingkat asean...sudah ada piala AFF atau dulu dikenali sebagai piala tiger...cuma apa yang kurang ialah diperingkat asean, pertandingan peringkat umur tidak berapa berkesan....

3) malaysia pula kena rajin buat friendly match....

4) "market" player kita keluar..paling kurang pun ke thailand, vietnam n indonesia...sebab negara2 ni main dlm AFC Champions league...