Tuesday, April 29, 2008

Bolasepak Malaysia kembali ke Semi Profesional

Lepas terbaca statement yang dicadangkan oleh bekas Ketua Pengarah MSN, Datuk Wira Mazlan Ahmad supaya bolasepak Malaysia kembali ke era Semi Profesional, saya terkedu sejenak. Orang berebut nak maju ke hadapan, ada lagi yang suruh undur ke belakang. Bertambah terkedu lagi saya bila DYMM Tuanku Presiden FAM menyarankan agar PEMAIN-PEMAIN bolasepak negara mencontohi pemain Afrika untuk menjadi pemain profesional yang baik, yang mengenepikan kepentingan diri untuk berjaya. Alahai....pemain jugak lagi yang SALAH.
Dari dulu lagi (era semi-pro) hingga dah era profesional, asal ada jer masalah dalam bolasepak Malaysia, pemain juga yang jadi puncanya. Wahai pentadbir bolasepak negara dan negeri-negeri, cerminlah diri sendiri dulu sebelum pemain dijadikan mangsa kesilapan kamu. Satu jari menuding kepada pemain, 4 jari lagi sedia menuding ke arah diri sendiri.
Wahai Datuk Mazlan, konsep profesional tak salah, yang kurang, adalah mereka yang ada dalam barisan pembuat polisi bolasepak Malaysia. Sepatutnya pemain-pemain kita dibimbing untuk menghadapi dunia profesionalisme kerana ianya mengorak ke arah memajukan diri dan sukan itu sendiri, bukan menghukum.
Mereka yang di dalam pejabat-pejabat persatuan bolasepak negara dan negeri...Profesional kah kamu?

2 comments:

rizal hashim said...

Aduh tuan,


Benar, saya fikir ketika liga profesional dilancarkan, kita tidak bersedia sepenuhnya dari segi psikologi, wang ringgit dan keupayaan.

Profesional hanya pada nama. Pegawai dan jurulatih tidak boleh terlepas daripada bahana ini.

Pegawai yang tidak profesional tidak akan disalahkan kerana mereka tidak dibubuh atas padang untuk dihakimi.

Pemain ada saja silapnya. Saya fikir persatuan negeri harus banyak muhasabah diri.

Untuk menyalahkan FAM seratus peratus juga tidak adil kerana siapa yang membentuk pasukan yang merangka dasar FAM? Bukankah ahli majlis terdiri daripada wakil-wakil negeri?

KakiBola said...

ya lah Zal...depa ni hanya nampak pelakon atas padang saja. penerbit, pengarah, penulis skrip, depa kira nama dan buat duit saja. yang lain lantak pi la.
profesional apa, dah berbelas tahun, asyik tukaq polisi saja. sat macam tu sat macam ni. kira buah depa saja, yang dok kena hentam maki atas padang depa tak nak ambik pusing.
teringat kes Selangor. MB yang lepas yang juga Presiden FAS buat keputusan (beremosi), tak mau guna pemain impot, guna pemain tempatan dan muda. beri tempoh untuk mereka jadi juara. tup tup...tahun berikutnya dah panggil ellie aboy dan gang impot yang lain. awatnya?
depa yang dok dalam bilik sejuk (hawa dingin) tau buat polisi saja, yang dok kena maki hamun macam nak mampuih, keluaq abis luaq dalam - jurulatih (dah naik letih) dan pemain.
depa ingat penonton n peminat bayaq tiket mai tengok bola, nak tunggu 2-3 tahun? kalau macam tu, baik depa tunggu tahun ketiga baru mai tengok bola sebab time tu baru team tu baguih. tahun yang pertama dan kedua biaq stadium kosong sebab dah tau takdak result. biaq persatuan negeri terkapai kapai cari duit nak bayaq duit gaji pemain dan pegawai yang lain. dah tak dak duit..along mali laa..(rasuah).
profesional kah depa?