Tuesday, April 29, 2008

Piala Malaysia digantung?

Alamak...pertandingan penuh tradisi dan penuh legenda, Piala Malaysia akan digantung? Apa ni FAM? Marahkan nyamuk, kelambu dibakar...? Loghat sangat ka? Timbalan Presiden FAM menegaskan kemungkinan pertandingan Piala Malaysia digantung gara-gara insiden rasuah yang diyakini menular kembali dalam bolasepak negara.
Tepat kah keputusan itu? Sebenarnya rasuah ni tak ke mana pun, masih berlegar dalam masyarakat kita, tak kira lah sukan ke, perniagaan ke..rasuah di Malaysia ada selalu. Politik negara kita pun ada rasuah, apa nak hairan dengan bolasepak. Bukan nak menyokong tapi dah naik mual. Tindakan yang diambil dalam menangani rasuah bolasepak tidak mencukupi dan tidak setegas yang disangka. Bunyinya gerun sangat - buang daerah! Tapi kalau setakat buang daerah ke Kuala Perlis atau mana-mana tempat yang boleh survive dan menjalankan perniagaan pulak tu, apa yang nak diseriknya.
Kalau nak bertindak atau mengambil tindakan, biarlah ada rasa takut dan gerun. Jadi jangan hairanlah kalau ulat-ulat rasuah kembali menyerang tatkala bolasepak negara dalam situasi yang goyah.
Bola Malaysia oh bola Malaysia...glamour je lebih tapi habuk....

4 comments:

rizal hashim said...

Kita harus ingat, tuan, tidak ada satu negara pun yang menggantung liga atau pertandingan mereka atas sebab rasuah.

Gejala ini harus ditangani secara bijak, bukan dengan knee jerk reaction.

Kita harus hukum yang berdosa, yang jujur dan cari makan dengan jujur tidak wajar dihukum.

Liga M sudah menjadi sumber mata pencarian banyak pihak dan sudah mewujudkan economic spin-offs. Kalau kita tutup kedai, apa diaorang nak makan?

Yang makan rasuah itu dah ada duit dalam akaun tapi yang jujur tengok akaun mereka makin susut!

Tengok saja Serie A 2006 tapi Itali muncul juara dunia.

1993 Olympique Marseille bergelut dengan dakwaan rasuah tapi Perancis muncul juara dunia 1998.

Paolo Rossi digantung dua tahun pada 1980 tapi dua tahun kemudiannya dijulang sebagai wira Piala Dunia.

Singapura dilanda gejala yang sama tapi berjaya memenangi Piala AFF dah dua kali dah.

Tapi negara-negara yang disebut di atas tidak menggantung mana-mana pertandingan mereka.

The show must go on

Unknown said...

Saudara Rizal Hashim,

Semuga saudara berada di dalam keadaan sihat walafiat serta sejahtera aman damai dan bahagia disamping keluarga yang tercinta.

Bidalan bahasa melayu ada tertulis pada pohon melaka pada suatu ketika dahulu sebelum zaman Hang Tuah belajar nail Putra-LRT ke Kerinchi .

1. " Marahkan Nyamuk, Kelambu Di Bakar "
2. " kerana sikit klemumur, kepala di botakkan "
3. " marahkan emak, bapak kahwin lain"
4. " Kerana Khir Toyo, Babi jadi mangsa "

5. " Kerana meraba, lapuran polis di tarik balik "

6. Kerana nila setitik, habis satu pasukan jersey rosak dalam baldi termasuk baju golie "

7. " Seekor Babi terlepas kandang, habis kampong Tumbuk dapat malu "

8. " Satu Penyapu diberi sebagai hadiah, habis aib Penyapu-penyapu yang lain. "

9. Satu mat rempit join Kumpulan Ayah Pin, habis malu Mat rempit yang lain "

10. " satu Menteri Hunus keris, polis pula tidak tangkap "

Saya amat bersetuju dengan pandangan saudara. Kerana beberapa orang yang disyaki rasuah , maka Liga kena tutup kedai.

kalau begitu, satu teksi tipu penumpang akan bayaran perjalanan, maka semua pengusaha teksi kena tutup.

Adakah langkah itu baik? Sebenarnya ianya amat baik kerana jika mereka tidak berbuat demikian maka tiadalah mereka nampak sibuk akan kedudukan yang mereka pikul.

Ini pandangan peribadi saya,

KakiBola said...

rizal & chilly..biasa laa..keputusan yang diambil acap kali tidak memaparkan kewarasan kita dalam menangani sesuatu perkara. apa yang boleh saya simpulkan ialah keputusan yang penuh emosi.
saya setuju amat, apakah nasib mereka yang tak terlibat langsung dan jujur dalam melaksanakan tugas dan amanah mereka untuk menaikkan mertabat bolasepak negara dan menghiburkan peminat bolasepak yang sentiasa dahagakan hiburan dalam bolasepak? nak kena bungkuih n gantung boots jugak ka?
Alahai FAM...renung-renungkanlah...

Unknown said...

" Alahai FAM...renung-renungkanlah..."

Saudara Kakibola, kalau saudara suruh FAN , renung-renungkanlah maka mereka akan merenung sahaja.

Mereka akan ikut kata saudara kakibola...ia itu Merenung.

Kalau dah terlalu lama menrenung maka mereka akan jadi Mat Jenin, berangan pula.

Kalau selalu Berangan, makan akan jadi mat Angan-angan.

Bila dah jadi Mat Angan-angan, maka selalulah mereka makan Buah Berangan.

Akibat terlalu banyak makan Buah Berangan maka terjadilah Islam Hadari.

Dalam Islam Hadari meghalalkan pergaulan dengan GF James Bond - Datuk Mitchel Yeoh di Monsoon Cup.

Duit Monsoon Cup kalau di taburkan kepada pembangunan Bolasepak pada mereka yang benar-benar berkelayakkan dan berkemampuan maka dlam masa yang singkat " Bolasepak: kita akan harum.

Seharum Stokin yang baru di tanggalkan selepas mengikuti Klinik Bolasepak di Ppadang Merbuk.