Saturday, October 25, 2008

Pestabola Merdeka Edisi ke 40


Salam sejahtera buat semua. Setelah agak lama menyepikan diri kerana kesibukan beberapa tugas penting, kini kembali untuk mengasah mata pena yang telah lama tersimpan. Kesepian arena bolasepak negara membuatkan saya juga menyepikan diri sehingga munculnya semula kehangatan Pestabola Merdeka yang melabuhkan tirainya semalam dengan kejayaan pasukan Vietnam menjuarai kejohanan edisi ke 41 dengan menewaskan pasukan negara 6-5 melalui sepakan penalti.
Tanpa ada niat memperkecilkan pasukan negara, namun apa yang disajikan oleh mereka dalam final semalam jelas menunjukkan kelemahan dan kedangkalan mereka dalam aspek psikologi dan kekuatan mental. Pemain Malaysia bermain mengikut arahan dan "buku" manakala pemain lawan bermain mengikut kesesuaian situasi dan ini hadir dari kreativiti dan kekuatan mental mereka. Pengalaman setahun kakibola di bumi Vietnam yang amat menyanjungi Karl Heinz Weigang, begitu kagum dengan kreativiti pemain-pemain muda Vietnam. Ini jelas melalui persembahan pemain bawah 23 Vietnam ketika beraksi menentang Malaysia. Kakibola kagum dengan pemain jersi 16 yang sering menganggu konsentrasi dan emosi pemain-pemain Malaysia.
Keghairahan pasukan negara menewaskan lawan satu demi satu pada peringkat awal dan separuh akhir, jelas tidak menggambarkan kualiti pasukan negara secara komprehensif. Kualiti pasukan lawan pada peringkat awal boleh dipertikaikan. Bermula dengan Nepal dan disusuli dengan Sierra Leone yang diwakili oleh pemain bawah 20 serta kemudiannya Afghanistan, tidak hairanlah mengapa peminat-peminat enggan ke stadium. Di pihak FAM, sekalipun ingin mengubah ranking negara ke tahap yang lebih baik, jangan pandang mudah akan aspek kualiti. Pendedahan luar negara yang diberikan hanya untuk pertandingan seumpama ini seharusnya diteliti semula. Akan hadir pelbagai alasan selepas ini, namun kita mengharapkan segala kelemahan yang terserlah dalam Pestabola Merdeka ini akan segera diatasi. Yang paling utama baki kakibola ialah betapa pentingnya aspek teknikal dan kekuatan mental serta kreativiti dititikberatkan dan bukan hanya sekadar arahan taktikal. Apapun untuk B.Sathianathan, tahniah kerana telah membuktikan jurulatih tempatan mampu melaksanakan tugas membentuk sebuah pasukan yang berpotensi. Wallahualam.

4 comments:

epain said...

mr kempis...

mana lama tak nampak...

lama gak gap dengan posting terbaru...

bab pestabola...ini adlh akibat terlalu yakin dan memandang rendah lawan....harap tak berulang di AFF

KakiBola said...

well epain, i was away for quite sometimes and tied up with so many things. more over lepas dari liga malaysia tempoh hari, tak banyak sangat aktiviti bolasepak negara. now with the pestabola merdeka, something to write.

to me, its not about over confident tetapi aspek asas yang diperlukan apabila bersaing di peringkat antarabangsa, sekalipun beraksi di negara sendiri. as i've said in my column, our players lacked creativity as well as ideas. well, there are always new things for them to learn. bagi saya, its not about the team achievement sangat, cuma macam mana FAM boleh dapat ilham untuk menjemput pasukan kelas 3 beraksi di Pestabola Merdeka ni.

SangKunang said...

keseluruhannya malaysia menunjukkan peningkatan.
cuma taktik di perlawanan akhir tidak menjadi kerana terpukau dengan corak ultra defensive vietnam.
dan jurulatih juga kehilangan idea untuk menukar corak permainan.
mungkin terbawa2 dgn corak membelasah lawan pada game-game sebelumnya..

MALAYSIA MASIH BOLEH.
teruskan sokongan anda
AFF Cup misi utama!

KakiBola said...

thanks sapixx for your comments. well, saya setuju dengan apa yang saudara maklumkan tentang peningkatan cuma tanpa ada sebarang sifat negatif mahupun, lawan yang ditandingi bukanlah tahap sebenar, we were not really tested.
apapun harapan kita mereka perlu bekerja lebih keras lagi untuk membuktikan kemampuan sebenar.