Thursday, May 1, 2008

CYC - Apa hal lah pulak...

Dalam keghairahan masyarakat nak menyaksikan satu lagi siri pembaziran wang yang tak memberi sebarang manafaat kepada bolasepak negara, timbul pulak kekecohan terbaru dalam penganjuran CYC musim ke-2. Apa dah jadi pulak ni? Di mana yang tak kena?
Tu dia la terlampau percaya dan bagi muka sangat kat Mat Salleh buat kerja-kerja macam ni. Dia kira apa janji masyuk jer, yang lain dia peduli apa...
Malaysia nak glamour sangat dalam meletak nama di persada dunia bolasepak sedangkan realitinya tak ada apa sangat yang nak gah. Cuma syok tengok orang datang melawat Malaysia, puji Malaysia bagus sebagai penganjur tapi pengisian tak ada. Cubalah wang yang dibiaya itu kita belanja dengan cara yang betul dalam ertikata pembangunan yang realistik, tentu lebih baik faedahnya. Tapi apa nak buat, duit bukan Menterian punya, bukan FAM punya, macam mana nak belanja...lantak laa...
Tingkatkan lagi kualiti liga bolasepak kita, itu saja antara jalan utama untuk tingkatkan kualiti bolasepak negara. Kalau liga sekadar layak main di padang MPBJ saja, baik tak payah. Namanya liga profesional, tapi penonton tak ada, macam mana nak dapat pulangan. Last last jadi macam Public Bank FC, MPPJ FC, TNB FC, MK LAND FC yang terpaksa gulung tikar...

2 comments:

rizal hashim said...

Salam tuan,

Inilah warisan Datuk Seri Azalina Othman Said yang bulldoze through semua keputusan tanpa menghormati institusi kerajaan mahupun bukan kerajaan.

Masalahnya CYC ni projek hantu raya. Dicadangkan kepada Azalina.

Mahal, harganya RM25 juta untuk hak penganjuran saja. Buat apa mahal nak mampus!

Saya tulis berita mengenainya dua tiga hari sebelum pelancaran di hotel Mandarin Oriental di sebelah KLCC.

Saya tanya Azalina kenapa nak belanja mahal untuk penganjuran kejohanan yang tidak membawa apa-apa keuntungan.

Penonton pun tak ramai, pemain pun orang tak kenal, apa yang kita dapat?

Setakat pemain pergi ke Chelsea, Eindhoven, Ajax itu dulupun zaman datuk Paul Mony boleh buat, percuma pulak tu.

Ini Baddrol Bakhtiar dan Bunyamin Umar ke Chelsea sebagai sebahagian daripada perjanjian ini tapi MSN jugak yang tanggung.

Apa semua ini?

Unknown said...

Tuan KakiBola,
Bolasepak ketika ini dilihat sebagai satu " Perniagaan". Business Venture yang menguntungkan dengan mengunakan wang Rakyat.

Harganya RM25 Juta perlu disebabkan banyak Buaya-Buaya dua kaki, Species Ananconda Perut Buncit, Jenglot-Jenglot Jawa, Langsiur Lesbi serta golongan Hindraf Upsere-Marbrete nak makan besag bersama.

Bolasepak adalah avenue untuk meratah lauk-pauk yang ada. Sukan boleh digunakan sebagai alat perantaraan untuk memberi projek bagi menampung kerjaya arena politik pihak yang tertentu.

Hotel mandarin Oriental - mestilah kena buat disitu. kalau buat di Lisa DeInn Petaling jaya Seksyen 16, malu lah muka.

Untuk tidak mengagalkan projek, maka mereka akan impot penonton dari kampong. Macam pilihanraya tempoh hari, ceramah Team A, berpeluh nak cari orang dengar ceramah yang membosankan.