Wednesday, April 23, 2008

Rasuah kembali?

Isu hangat terkini ialah tumpuan terhadap kemungkinan kembalinya gejala rasuah bolasepak dalam Liga Malaysia. Apakah benar ini berlaku?

Nak kata mustahil, tak mustahil..nak kata takde, nampak macam ade. FAM, Polis, BPR..mula lah anda mengatur langkah untuk merisik hal ini. Di Malaysia ni takde pun berita yang boleh dianggap khabar angin. Takde angin masakan pokok bergoyang. Bab rasuah ni kalau nak tunggu bukti datang bergolek, memang tak jumpa punya. So tak perlu lah tunggu laporan polis atau pasukan menghantar laporan kepada FAM baru nak bertindak. Mulalah gerakkan dari sekarang sebelum peminat bolasepak kembali mula rasa tertipu.

4 comments:

Unknown said...

Saudara kakibola, saya rasa Klinik Klinik Bolasepak yang di anjurkan oleh banyak pihak tidak membuahkan hasil seperti yang di idamkan.

Didikan awal bermain bola amat baik namun bila dah besar remaja & kanak-kanak klinik ini melibatkan diri dalam gejala rasuah.

Its takes two to tango Tuan Kaki Bolasepak.

Kita perlukan HOSPITAL bukan Klinik lagi. Ini untuk menempatkan pesakit ego, gila pangkat, isim harta, gila glamour, gila kuasa dalam pentadbiran.

Tuan kakibolasepak buatlah sesuatu. jangan Bolakempis dibawa masuk padang, nak sepak tak boleh nak buang sayang pula. Buang masa & tenaga sahaja membawanya.

12 tahun yang lalu - banyak ulat dalam nangka. Kini ulat kembali.

KakiBola said...

Saya tertarik dengan komen saudara tentang aspek pembentukan pemain di peringkat klinik (hingga perlu dinaiktaraf peringkat hospital).
1. Anak-anak kita dilahirkan umpama kain putih bersih. Kita yang mencorak mereka di atas acuan yang kita pilih sendiri. Jika mereka baik ketika di klinik dan rosak apabila menjadi dewasa dan terlibat dengan rasuah, itu adalah kerana aspek kerohanian diabaikan langsung. Maka seharusnya mereka yang terlibat membentuk pasukan dan pemain di peringkat remaja menitikberatkan aspek kerohanian dalam membentuk sebuah pasukan yang mantap. Contohilah pasukan Kedah.
2. Untuk menubuhkan hospital bagi menempatkan mereka yang ego, gila pangkat, isim harta, gila glamour, gila kuasa dalam pentadbiran, saya tak mampu. Sekadar usaha dakwah yang tidak seberapa melalui penulisan yang mana adalah menjadi harapan saya diterima baik dan positif (sekalipun tak lengkap) oleh semua pihak di samping saudara sendiri membantu mengembangkan sesuatu yang baik, adalah wajar dan dialu-alukan.
3. Bolakempis mencerminkan senario bolasepak negara dan bukanlah anasir negatif yang mewakili peribadi atau pun pandangan saya secara peribadi.

Wallahualam

KakiBola said...

saudara cili..
Rasuah di dunia sekarang ini sudah menjadi budaya hidup. Budaya kepada mereka yang mengejar kemewahan dan kesenangan palsu. Kemewahan yang tiada keberkatan. Dalam Islam Hadhari, rasuah adalah halal dan perasuah dilindungi. Jadi oklah kalau mereka terlibat dengan rasuah.
Berhubung specialist, sebenarnya di Malaysia ada, cuma tidak diberi tempat yang sewajarnya kerana tak pandai mengampu. Yang terlebih lantang sket, dihumbankan jauh-jauh. Tinggallah pembodek pembodek yang memberi nasihat dan pandangan tentang bolasepak Malaysia yang dari sehari ke sehari rangking nya cukup hebat. Yang rambut hitam cakap tak nak guna, tunggu rambut kuning cakap, semuanya betul.
Isa Bakar dengan Ian Rush sama jer kualiti mereka tapi yang mendapat pengiktirafan - rambut kuning (dah putih sebab beruban).

rizal hashim said...

cili,

pandangan anda pedas dan tajam.

macam mana ulat tak datang, nangkanya busuk.

Nangka tak dibalut dengan kertas suratkhabar!

kakibola, teruskan usaha dakwah tuan. Semoga mendapat keberkatan!