Friday, April 18, 2008

Lawatan Chelsea ke Malaysia

Sukan tanpa politik? Politik dalam sukan? Kehadiran pasukan Chelsea ke Malaysia yang dijadualkan pada 27 Julai 2008 menimbulkan satu polemik di kalangan pemerhati sukan (khususnya bolasepak). Pelbagai kenyataan telah dikeluarkan oleh pihak-pihak yang berkenaan tentang kehadiran pasukan The Blues, baik dari pihak kerajaan, menteri, pentadbir sukan dan peminat-peminat sukan bolasepak sendiri. Wajarkah pasukan The Blues dibenarkan hadir ke Malaysia ketika Pengurus dan salah seorang pemainnya adalah warga negara Yahudi (Laknatullah), Israel?

Bola Kempis merasakan kehadiran pasukan Chelsea ke Malaysia tak perlu dihalang kerana ianya baik untuk bolasepak Malaysia. Cuma yang menjadi masalah ialah kehadiran Pengurus The Blues, Avram Grant dan pemainnya, Tal Ben-Haim yang merupakan warganegara Yahudi (Laknatullah), Israel. Dalam hal ini, kerajaan Malaysia sebagai sebuah negara Islam perlu memelihara sensitiviti warga Islam di Malaysia khasnya dan dunia amnya. Maka dalam hal ini, kemasukan kedua-dua individu berkenaan ke negara kita tidak seharusnya dibenarkan.

Ini bukan soal politik dalam sukan tetapi adalah soal kemanusiaan di atas kekejaman yang telah dilakukan oleh warga Yahudi (Laknatullah) serta negara Israel ke atas umat Islam di Palestin. Ini bukan soal kita tidak mahu mencampur adukkan politik dalam sukan tetapi soal kedaulatan negara Malaysia yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu. Lupakah kita tentang pemboikotan pasukan bolasepak Malaysia ke Sukan Olimpik di Moscow? Apakah pemboikotan itu bukan atas dasar politik? Melayu mudah lupa....

7 comments:

Unknown said...

" Sukan tanpa politik? Politik dalam sukan? Kehadiran pasukan Chelsea ke Malaysia yang dijadualkan pada 27 Julai 2008 tidak sepatutnya menimbulkan satu polemik di kalangan pemerhati sukan "

Fikiran tuan adalah jumud, otodok dan mandom. Sukan tidak sepatutnya bercampur aduk dengan politik. Saya tidak bersetuju.

" The Blues dibenarkan hadir ke Malaysia ketika Pengurus dan salah seorang pemainnya adalah warga negara Yahudi (Laknatullah), Israel? "

Kehadiran Pengurus The Blues, Avram Grant dan Tal Ben-Haim yang merupakan warganegara Israel tidak sepatutnya digembar gemburkan.

Begitu juga dengan kehadiran Pemain Amerika yang menakluki Iraq, Pemain UK yang negaranya juga terlibat dengan penaklukan Iraq. kalu ini diambil kira, habis hampir seluruh dunia jadi pening kepala jadinya.

Bagaimana pula dengan di UK kalau tidak membenarkan pemain Islam yang dikatakan terlibat dalam anasir Teroris. Ini semua mengundang padah kepada kewibawaan sukan.

Melayu memang mudah lupa - lupa yang dunia ini yang penuh kejahatan dan kebaikan bukan dari satu kulit sahaja.

KakiBola said...

salam kepada saudara cili..timbulnya polemik bukan di pihak saya, tetapi umum telah pun didedahkan dengan polemik di dalam akhbar-akhbar tempatan. tunggu saat hampirnya tarikh, polemik ini akan lebih hebat.

andai tafsiran saya tentang lawatan pasukan Chelsea ini adalah jumud, othordox dan mandom di kaca mata saudara..maka saya sedih andai anda sebagai seorang Islam tidak peka dan sensitif terhadap apa yang telah mereka lakukan. mengukuhkan lagi tidak perlunya mereka hadir ke Malaysia adalah kerana mereka tidak punya hubungan diplomatik dengan negara kita.

lupakah saudara akan insiden yang berlaku ketika lawatan pasukan kriket Israel ke Malaysia dulu? dah lupa? kita tak perlu korbankan keharmonian warga kita hanya sekadar nak membenarkan 2 warga Yahudi untuk masuk ke Malaysia

Unknown said...

Saudara kakibola,

Terima Kasih atas teguran saudara, saya Insaf. Saya akan solat sunat Taubat demi keinsafan saya.

Bagaimana nak perkatakan mengenai Islam pada bolasepak , bila hampir semua pemain memakai seluar pendek yang mana aurat mereka terdedah untuk santapan mata ribuan penonton?

Yahudi datang main Kriket di UM. Tun beri kebenaran dengan strategi mahu untuk menunjukan kepada Yahudi bahawa "Kita Boleh Hidup Dalam Aman Damai" . Itu mesej yang hendak dibawa oleh Tun.

yang kita ambil dari dua pemain/pengurus bolasepak samdol Chelsea ini ialah Ilmu bolasepak dia, bukan ideologi fahamam jumud, karut & mamdom!

Di AS pun bukan semua yang sokong Bush. Pentadbirannya yang dikeji - penduduknya bukan semua bersetuju dengan haluan kebodohan Bush.

Dinegara kita bukan semua yang suka pada bekas Menteri Besar Selangor kerana memberi Penyapu kepada PBT. Ada juga fahaman yang suka akan cara Khir Toyo beri Penyapu.

Apakata kalau dipadang bola nanti - beri penyapu kepada Avram Grant dan tal Ben-Haim sebagai simbolik yang kita menyokong fahaman jahanam mereka?

Saudara kakibola - perlu melihat dari perpektif yang jauh lebih matang dari ini. Buatkan satu post-morterm yang teliti " Kearah mana Bolasepak Negara kita tuju? "

Setelah 20 tahun Liga Pro/ Semi Pro/ semuanya hancur. kalu setakat klinik bolasepak kanak-kanak padang sana padang sini , cari sponsor jersey, collect duit yuran , sponsor sikit-sikit kita tidak akan kemana?

Politik, Ugama dan Sukan tidak boleh bercampur pada zaman era 2000 ini. Kita bukan zaman P.Ramlee, ini zaman siber - dunia tanpa sempadan.

Segala maklumat boleh di dapati seluruh dunia. Cakap tanpa bikin bagaikan Bolasepak Kempis Tanpa alat Pam. nak tendang tak boleh, nak hias tak cantik.!

Wasalam.

KakiBola said...

Saudara cili..
Kalau diteliti betul2 tulisan saya, saya tidak menyebut bahawa Chelsea jangan dibenarkan masuk ke Malaysia sebaliknya mengalu-alukan kehadiran mereka andai bolasepak Malaysia dapat dipertingkatkan.
Yang dipertikaikan ialah kehadiran 2 pemain berbangsa Yahudi (laknatullah - disebut di dalam Al-Quran) memandangkan peruntukan perundangan yang digubal oleh kerajaan Malaysia tidak membenarkan warga Yahudi masuk ke Malaysia kerana TIADA HUBUNGAN DIPLOMATIK, maka dengan itu pengurus dan pemain yang berbangsa Yahudi itu tadi, tak perlulah dibenarkan masuk ke Malaysia. Pasukan kita bukan nak main dengan pengurus atau sorang pemain tu saja. Apakah tanpa pengurus dan seorang pemain menyebabkan perlawanan tidak dapat dilangsungkan? Maka saya konsisten dengan pandangan bahawa Chelsea boleh hadir tanpa kedua individu tersebut.
Rakyat Malaysia sensitif akan soal seumpama ini jadi adalah lebih baik kita peka dan menghormati sensitiviti rakyat Malaysia daripada menggadai maruah dan polisi sendiri hanya kerana UNTUNG.
Soal mengendalikan klinik bolasepak dengan kutipan dari padang sana dan padang sini, hanya mereka yang JUMUD tentang perkembangan bolasepak sahaja yang menidakkan sumbangan mereka ke arah pembangunan bolasepak negara. Sebaliknya yang merosakkan ialah mereka yang mengamalkan POLITIK TERLAMPAU dalam sukan bolasepak tanahair.
Wallahualam

Unknown said...

" Soal mengendalikan klinik bolasepak dengan kutipan dari padang sana dan padang sini, hanya mereka yang JUMUD tentang perkembangan bolasepak sahaja yang menidakkan sumbangan mereka ke arah pembangunan bolasepak negara. Sebaliknya yang merosakkan ialah mereka yang mengamalkan POLITIK TERLAMPAU dalam sukan bolasepak tanahair."

Saya amat sokong dengan Tuan KakiBola. Mungkin pejabat Tuan selalu di Padang Bola dan pengalaman tuan meliputi seantero dunia.

Saya bagi pihak golongan pemain bola PlayStation2 & 3 amat berbangga dengan kejayaan tuan sebagai seorang warga Malaysia ~ negara ku yang tercinta.

Saya dikejutkan oleh skandal Rasuah di dada akhbar dua hari yang lalu. Kenapa banyak ulat dalam nangka? Ulat ulat dulu 12 tahun yang lalu di Kedah masih lagi wujud?

Mengapa jadi begitu? Satu persoalan yang Tuan kakiBola hendak kupas untuk semua pihak.

Gaji tak cukup? Gaji tidak dibayar? Hidup diluar kemampuan? Tergoda dengan kemewahan pemain di Eropah yang penuh glamour?

Perkataan " Terlampau" wujud di Malaya dah lama. " Pramugara Yang terlampau pun ada " semuanya adalah kiranya.

20 tahun yang lalu kita mempelopori Liga2 yang hebat dalam negara.

Selepas sekian lama nak kalahkan Laos pun meleleh dibuatnya. Komen-komen saudara amat pedas dan sepedas Cili dari Mexico. Namyun jikalau tiada orang FAM atau yang bijak pandai di Kementerian sukan Tuan kakibola tidak akan sampai kemana. bagaikan menyalak Bukit Berapit.

Namun demikian assignment saudara pilih adalah suci dan murni. Selagi ada kederat Tuan kakibola `salak-lah` dengan kuat ` manalah tahun samdol-samdol bijak pandai akan terbuka hati untuk mendengar rintihan saudara serta mengambil iktibar dari `perjuangan` bolasepak saudara.

Mulakanlah dengan berpaikain menutup aurat lutut bila di padang nanti.

Wasalam.

KakiBola said...

Hmm..dari lawatan Chelsea dan warga Yahudi ke Malaysia, kita beralih ke rasuah. Niat untuk membincangkan tajuk secara umum nampaknya ia telah bertukar kepada peribadi. Alhamdulillah...
Bagaimanapun saya kurang jelas kenapa soal rasuah ditimbulkan oleh saudara di Kedah sedangkan yang hangat diperkatakan ialah di Sarawak dan ibukota (Polis FA). Apapun saya penuh yakin pasukan Kedah bersih dari anasir tersebut. Andai persoalan (rasuah bolasepak dalam Liga M) itu diajukan kepada saya untuk dikupas, jawapan saya mudah - gejala rasuah dalam bolasepak Malaysia masih ujud cuma sebelum ini virus itu tidak aktif. Dengan pelbagai kelemahan yang ada dari aspek pengurusan dan pentadbiran bolasepak dalam pasukan-pasukan, maka mereka kembali cuba mengaktifkannya dalam generasi baru.
Soal pemain-pemain kita terpengaruh dengan dunia glamour dan mewah pemain profesional luar negara, satu perkara di luar kawalan saya, cuma apakan daya, gayahidup yang menjadi ekoran mereka akibat promosi hebat media kita dan bukannya etika mereka kita di padang. Bukan pemain bolasepak sahaja, malahan artis kita pun sama, yang menjadi ikutan ialah cara pemakaian dan pergerakan, bukannya sikap mereka dalam melakukan sesuatu pekerjaan - juga hasil lambakan promosi media kita. Salah siapa?
Cerita 20 tahun dulu kita mengalahkan Korea dan layak ke Olimpik, tak perlulah kita perdebatkan. Selagi mereka yang terbabit dalam menggariskan ramuan memajukan bolasepak negara tidak serius dan komited dalam melaksanakan usaha ini, sampai bila pun kita takkan ke mana. Saudara mahupun saya sendiri boleh memainkan peranan dalam apa cara sekalipun untuk meluahkan pandangan kita. Nak masuk dalam bilik mesyuarat tak boleh, nak bentangkan kepada Tuanku Presiden dan Ahli Majlis apatah lagi, jadi kalau terpaksa "menyalak Bukit Berapit", dan selagi ada kudrat, insyaAllah akan saya terus menyalak di mana ruang yang ada. Dalam hal "menutup aurat lutut" Alhamdulillah kalau sudah ada di kalangan anak-anak muda kita yang beraksi di atas padang yang sudah tahu bahawa "ibadah kecil yakni menutup aurat ketika beraksi di padang permainan" adalah satu ibadah dan beroleh ganjaran pahala dari Allah. Teruskanlah...sebarkanlah...semoga usaha "dakwah mudah-menutup aurat lutut" ini akan mampu diikuti oleh lebih ramai pemain-pemain Islam yang lain. Sukan itu andai dilaksanakan mengikut syariat Allah bukan sahaja baik untuk kesihatan malahan beroleh rahmat dan keberkatan. Wallahualam.

Unknown said...

Tuan kakibola, terima kasih diatas jawaban yang amat bernas dari saudara Kakibola. Syarikat beras Bernas pun tidak mungkin dapat memberi jawaban sebaik kakiBola.

Maaf. Saya maksudkan Kedah ialah pada Zaman 90an yang lalu. Pemain seperti Farizuan Che Hamid serta beberapa bakat yang muda yang penuh harapan untuk negara terkubur akibat Rasuah.

Sedih. Sekali perkembangan arena bolasepak negara ini. Di Singapore tidak ada rasuah ke? Bagaimana pula dengan Korea, Jepun, bangladesh, Laos, Vietnam ~ dia orang ni tidak ada rasuah ke?

Mengapa Malaysia mesti ada Rasuah? Islam HADARI mereka tidak cukup tebal ke? Nampaknya macam bolasepak " Hangpa Yang Beri" jual game depa beri.

Klinik Bolasepak atau Hospital Bolasepak tidak akan cukup untuk Malaysia. Kita perlukan Pakar Bedah ~ Specialist.

Bukan specialist pelinkup duit Sukan Negara dan Travel First Class keliling dunia cari Coach separuh masak - half boiled eggs.

Bola yang kempis hendaklah di Pam agar menjadi bulat untuk di sepak terajang oleh pemain. kalau bola sentiasa Kempis lebih baik pulang sahaja ke kampong halaman di Kempas Johor.

Wassalam.